DAP membidas Menteri Kesihatan kerana berlaku kes Syafiqah menanti bantuan perubatan sehingga nafas akhir.

DAP ingin menyuarakan kekesalan kerana berlakunya kes Syafiqah berumur 2 tahun yang menanti bantuan perubatan sehingga nafas akhirnya, sepertimana didedahkan oleh ibunya, Norhayati Omar di Utusan Malaysia.

Kelmarin DAP telahpun menyifatkan kegagalan Tabung Bantuan Perubatan mencapai matlamatnya sebagai satu kegagalan dalam sistem penyampaian Kementerian Kesihatan.

Pendedahan Puan Norhayati Omar bahawa hampir dua tahun keluarganya sia-sia kerana karenah birokrasi sehingga dipaksa merayu sumbangan kewangan orang ramai menerusi media bagi menyelamatkan nyawa Intan Syafiqah telah membuktikan wujudnya kelemahan dalam pengurusan tabung perubatan ini.

Masalah seperti itu selalu berlaku di Malaysia. Kita mendapati ramai rakyat Malaysia yang sakit kronik perlu meminta sumbangan awam melalui media sedangkan tabung yang mempunyai RM 100 juta tidak disalurkan kononnya kurang publisiti.

DAP tidak mahu dengar alasan Menteri Kesihatan tentang kegagalan menyampai bantuan perubatan ini.

DAP menuntut supaya Menteri menjalankan siasatan atas kes Syafiqah yang menanti bantuan perubatan selama dua tahun sehingga nafas akhir.