Penangites pour out at Parliamentary Select Committee on Integrity
MEMORANDUM KEPADA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS DEWAN RAKYAT
MENGENAI INTEGRITI PADA 27HB. FEBRUARI 2006 DI DEWAN SRI PINANG, PULAU PINANG.
Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang menyambut kedatangan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti ke negeri Pulau Pinang dan mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan keprihatian kami mengenai isu integriti melalui memorandum ini.
Kami tidak ingin menunjukkan dengan pura-pura bahawa kami lebih tahu daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat serta seluruh jentera kerajaan mengenai isu integriti, etika, good governance dan korupsi. Kami merasa seluruh Negara Malaysia dari Perdana Menteri sehingga rakyat biasa tahu bahawa kita perlu berhadapan dengan masalah korupsi dan integriti.
Soalan pokok yang menjadi teras keprihatian kami adalah sama ada kerajaan dan rakyat mempunyai keazaman politik yang tulen untuk menangani masalah korupsi dan keruntuhan etika dan integriti dalam ruangan awam Negara ini. (more…)


