What’s fate of Inter-Faith Commission?
The Prime Minister will be asked at the commence of the new Parliament session beginning 14 March to state what actions the government will take to overcome the conflict in jurisdiction between the Civil Court and Syariah Court system and steps to be taken to strengthen “judicial review” in the country.
I will also be questioning whether Pak Lah’s government intends to establish the Inter-Faith Commission to foster religious understanding in the country.
The Parliament will sit from 14 March and ends on 4 May 2006, a total of 30 days. It may be extended to debate several important government bills.
Each MP is allowed to pose 10 oral questions each session and the full list of questions submitted by me follows:
Soalan Lisan yang akan ditanya oleh Ahli Dewan Rakyat Kwasan Tanjong Y.B.Tuan Chow Kon Yeow pada Mesyurat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kesebelas.
1) 14hb Mac 2006.(Selasa)
Tuan Chow Kon Yeow minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan akan melakukan untuk mengatasi masalah percanggahan bidang kuasa di antara Sistem Mahkamah Sivil dan Sistem Mahkamah Syariah dan langkah yang diambil untuk mempertahankan prinsip “judicial review”.
2) 15hb Mac 2006.(Rabu)
Tuan Chow Kon Yeow minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan masih bercadang untuk menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama sebagai langkah untuk memupuk persefahaman agama di Negara, jika ya, beri butir, jika tidak, mengapa?
3) 21hb Mac 2006.(Selasa)
Tuan Chow Kon Yeow minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan akan melakukan untuk mengatasi masalah lalulintas dan kurang kecekapan sistem pengangkutan awam di Negeri Pulau Pinang.
4) 22hb Mac 2006.(Rabu)
Tuan Chow Kon Yeow minta Perdana Menteri menyatakan
(a) apakah langkah yang diambil untuk mempercepatkan proses siasatan polis ke atas laporan-laporan jenayah.
(b) apakah kedudukan mutakhir mengenai laporan siasatan kes bersangkut Alor Setar Report No. 5257/05 dan 5313/05.
5) 28hb Mac 2006.(Selasa)
Tuan Chow Kon Yeow minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyatakan mengapa Akta Orang Kurang Upaya masih belum diluluskan dan apakah bilangan dan peratusan rakyat Malaysia yang ditakrifkan sebagai OKU?
6) 4hb April 2006.(Selasa)
Tuan Chow Kon Yeow minta Menteri Kesihatan menyatakan
(a) apakah kedudukan mutakhir National Health Financing Scheme dan
(b) mengapa Tabung Bantuan Perubatan tidak dapat mencapai matlamat menyampaikan bantuan kepada pesakit yang memerlukan bantuan.
7) 13hb April 2006.(Rabu)
Tuan Chow Kon Yeow minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah lankah yang akan diambil untuk memastikan sekolah-sekolah rendah aliran bahasa ibunda mendapat peruntukan yang secukupnya untuk mengatasi masalah penempatan semula, pembinaan semula, binaan bangunan tambahan dan masalah bangunan berbahaya di seluruh negara, beri butir-butir.
8) 18hb April 2006.(Selasa)
Tuan Chow Kon Yeow minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Strategic Action Plan di antara Malaysia dan Negara Cina akan digubalkan untuk memupuk kerjasama dalam semua sektor di antara dua Negara, jika ya, beri bukti; jika tidak, mengapa.
9) 25hb April 2006.(Selasa)
Tuan Chow Kon Yeow minta Menteri Kewangan menyatakan
(a) jumlah kutipan hasil cabutan dan pembayaran hadiah bagi tahun 2004 dan 2005 bagi setiap syarikat pengendali cabutan loteri iaitu Magnum, Da Ma Cai dan Sports Toto, dan
(b) apakah bilangan cabutan biasa dan cabutan khas akan dikurangkan.
10) 26hb Mei 2006.(Selasa)
Tuan Chow Kon Yeow minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan tahap persaingan negara dalam menarik pelaburan asing.


