This is to put on record the answer from the BN government to my question “whether the Government has plans to set up Inter Faith- Council to promote religious understanding between different religions in the country.”

The Prime Minister state that :

“Kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang dicadangkan. Keputusan ini dibuat memandangkan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, sememangnya sering mengadakan dialog antara agama dari semasa ke semasa. Tambahan pula, perbincangan-perbincangan untuk menubuhkanSuruhanjaya tersebut menimbulkan kontroversi dan telah melebarkan jurang antara rakyat yang berlainan agama.

Dari segi peningkatan persefahaman agama di negara ini, kebanyakan rakyat Malaysia lebih cendurung kepada usaha mengadakan dialog antara agama dari semasa ke semasa di pelbagai peringkat.

Justeru itu usaha-usaha menganjurkan dialog tersebut akan terus digalakkan dan kerajaan akan mendorong para ilmuan Islam dari JAKIM dan IKIM supaya turut terlibat dalam dialog antara agama tersebut. Tambalan pula, Jawatankuasa agama di bawah Jawatankuasa Kerja Panel Penasihat Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, akan mengadakan dialog-dialog antara agama bagi menggalakkan hubungan harmoni antara penganut pelbagai agama di negara ini dengan menekankan isu-isu sosial seperti pencegahan jenayah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya yang memerlukan kerjasama rakyat pelbagai agama.”

The mindset is still cast in concrete and we still have a long,long way to go.