
Ucapan Ahli Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow semasa membahas usul terima kasih atas TitahDiRaja Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis 23hb. Mac 2006.
Abdullah Badawi menghadapi “political sieze”
——————————————————–
Perdana Manteri pada hari ini menghadapi pelbagai tekanan ke atas ke wibawaannya sebagai pemimpin utama parti pemerintahan dan pentadbiran Negara.
Beliau memenangi pilihanraya umum tahun 2004 dengan sokongan yang begitu kuat kerana beliau mendapat kepercayaan rakyat.
Akan tetapi, selepas dua tahun beliau menerajui kerajaan yang baru, Perdana Menteri kini menghadapi “political seize” daripada pelbagai pihak.
Spanjang perbahasan di Dewan Rakyat ke atas usul terima kasih kepada Titah DiRaja, apa yang diperdengarkan adalah suara-suara lantang daripada Ahli-Ahli dari UMNO menentang hasrat Perdana Menteri untuk menubuhkan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) dan gelombang suara ini menandakan Perdana Menteri tidak lagi menikmati keyakinan daripada orang sendiri, mungkin hasil pergolakan dalaman.
Apa alasan yang digunakan oleh pihak atasan polis untuk “turn over” para ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sehingga mereka sanggup membelakangkan hasrat dan sokongan Perdana Menteri terhadap penubuhan IPCMC. Mungkinkah perasaan perkauman digunakan memandangkan persepsi rakyat PDRM kebanyakan terdiri dari satu kumpulan etnik dan sebarang usaha menubuhkan IPCMC dianggap sebagai tindakan menentang kepentingan kumpulan etnik itu?
Kalau ini benar, ianya satu kebenaran yang amat menyedihkan dan serius implikasinya. (more…)


