The Parliamentary Human Rights Caucus acted decisively today by sending a memorandum to the Prime Minister, pledging its support for the IPCMC.

The Caucus also called on the PM to expediete the setting up of the IPCMC.

The memorandum is timely to boost the strength of the PM in the face of widespread objections from UMNO MPs and the Inspector General of Police.

The IGP is reminded that the Police, as with any other agencies, is not the decision-maker and they cannot act like one, for Malaysia is not a Police State.

The Police leadership is guilty of insubordination to the poliitical leadership in this issue.

The PM must act wisely in this matter. This is one great test for his leadership, must more important than the Ninth Malaysia Plan, I think.
Memorandum daripada Parliamentary Human Rights Caucus kepada YAB Perdana Menteri.

PARLIAMENTARY HUMAN RIGHTS CAUCUS SOKONG CADANGAN DAN MENGGESA PENUBUHAN I.P.C.M.C. DISEGERAKAN

Pendahuluan

Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (selepas ini Suruhanjaya Diraja) telah dibentuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 Februari 2004 di bawah Akta Suruhanjaya Inkuiri 1950. Ia dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin bin Abdullah. Terma Rujukan Suruhanjaya Diraja ini cukup luas, mencakupi daripada peranan dan tangungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada organisasinya, pengagihan dan pembangunan sumber manusia, isu hak asasi manusia, prosedur operasi serta penambahbaikan dan pemodenan perkhidmatan polis secara umum.

Pada 29 April 2005, Laporan Suruhanjaya Diraja ini telah disembahkan kebawah Seri Paduka Yang Dipertuan Agong. Laporan itu menggariskan objektif strategik bagi memodenkan dan menambaikkan prestasi PDRM; mengenalpasti sepuluh teras strategik yang berkaitan dengan proses ini; dan mengemukakan sebanyak 125 cadangan untuk dilaksanakan.

Antara cadangan tersebut ialah menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Sehingga hari ini, IPCMC masih belum ditubuhkan, walaupun Perdana Menteri telah menyatakan yang ia akan ditubuhkan dengan segera. Banyak pihak, termasuk sebilangan NGO menyokong penubuhannya. Sebaliknya, PDRM dan segolongan Ahli Parlimen telah menolak cadangan penubuhannya.

Memorandum ini bertujuan menyatakan sokongan terhadap penubuhan IPCMC dan menggesa kerajaan supaya menubuhkannya dengan segera.

Dalam membuat laporan tersebut, maklum balas telah diterima dalam bentuk surat, memorandum dan juga individu yang dilancarkan pada 25 Mac 2004. Jadi cadangan-cadangan yang kemudian dikemukakan seperti ICPMC boleh dikatakan telah mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat dan juga cara-cara yang paling baik untuk mengatasinya, demi membela kepentingan rakyat.

Objektif IPCMC

Objektif utama penubuhan ICPMC melalui Akta Parlimen ialah untuk menjadi mekanisme penyemakan luaran yang bebas , terhadap PDRM bagi menjamin kejayaan kepada pembaharuan PDRM. Ia berkaitan dengan cadangan untuk memperkukuhkan penyemakan dan mekanisme pematuhan dalam PDRM untuk mengurangkan kadar jenayah, mencegah rasuah , menegaskan hak asasi.iaitu tentang memodenkan peranan, fungsi dan organisasi PDRM. Mekanisme ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap profesyenism PDRM dan ketelusan dalam pentadbiran.

Proses Penubuhan IPCMC

Pada 24 Januari 2006, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa IPCMC akan ditubuhkan secepat mungkin. Beliau juga berkata IPCMC akan menjadi sebuah badan tetap dalam memantau peranan dan salah laku polis.

Cadangan penubuhan IPCMC dan kenyataan Perdana Menteri tersebut telah mendapat sokongan yang meluas di kalangan pelbagai pihak.

Tetapi, tiga buah organisasi dalam PDRM iaitu Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor, Persatuan Pegawan Kanan Polis Cawangan Yang Diwartakan dan Persatuan Polis Pangkat Rendah telah dengan secara terbuka menolak penubuhan IPCMC.

Pada 25 Mac 2006, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar menyatakan bahawa PDRM menolak penubuhan IPCMC. Sebaliknya, beliau mengesyorkan kepada kerajaan supaya mengekalkan kuasa mengawal disiplin pegawai dan anggota PDRM mengikut Suruhanjaya Pasukan Polis (SSP) yang telah diwujudkan mengikut Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Rasional Penubuhan IPCMC dengan Segera

Walaupun IPCMC adalah hanya satu daripada 125 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja itu, tetapi, ia adalah cadangan yang paling penting. Ini adalah kerana IPCMC berkaitan secara langsung dengan persoalan pemodenan PDRM. Lebih penting lagi, IPCMC berkaitan secara langsung dengan usaha-usaha menghapuskan rasuah dalam pasukan polis. Dengan itu, IPCMC adalah mekanisme paling sesuai untuk memastikan kepatuhan dalam usaha-usaha penambahbaikan PDRM dan adalah langkah utama dalam memberikan imej yang lebih positif dan baik kepada PDRM.

Dalam konteks ini, di samping Pengerusinya iaitu bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin bin Abdullah, anggota Suruhanjaya Diraja terdiri daripada tokoh-tokoh yang autoritatif daripada pelbagai latar belakang, termasuk Timbalan Pengerusinya iaitu bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Hanif bin Omar dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abbas.

Amat penting juga hakikat Suruhanjaya Diraja ini ditubuhkan atas restu Diraja dan penolakan satu cadangan yang penting merupakan satu tamparan kepada integriti Suruhanjaya Diraja, Pesuruhanjaya-Pesuruhanjaya dan juga nama baik Yang DiPertuan Agong, lebih-lebih lagi penolakan ini dilakukan oleh PDRM, yang merupakan organisasi sasar yang ingin ditambahbaikkan operasi dan perjalanannya dan sebab mengapa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. Pada masa-masa hadapan, penubuhan mana-mana Suruhanjaya Diraja mungkin sukar mendapat kepercayaan dan kewibawaan yang diperlukan untuk menjalankan fungsinya.

Di samping itu, Suruhanjaya Diraja ini telah mendapat sokongan dalam bentuk input kepada cadangan-cadangan dalam Laporannya daripada banyak agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan individu, malah termasuk daripada Tan Sri Mohd Bakri Omar dan pegawai-pegawai kanannya. Ia juga mendapat kerjasama daripada kerajaan United Kingdom, Hong Kong, Australia dan Singapura. Suruhanjaya Diraja telah mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan Laporannya itu.

Kerana itu, adalah tidak wajar sama sekali untuk PDRM menolak cadangan penubuhan IPCMC. Berkenaan SSP, Laporan tersebut menyatakan yang IPCMC akan bekerjasama rapat dengan SSP serta juga beberapa badan lain yang sedia ada seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ini penting kerana SSP tidak selengkap IPCMC dari segi elemen-elemen pemodenan PDRM, manakala BPR pula tidak mengkhusus dari segi penambahbaikan PDRM.

PDRM perlu bersifat terbuka untuk melaksanakan IPCMC kerana ia bukan bertujuan untuk merendahkan kapasiti PDRM, tetapi sebaliknya adalah bertujuan untuk mengoptimumkan potensinya.

Penutup

Penubuhan ICPMC adalah kunci utama kepada pendekatan terhadap pemodenan dan penambahbaikan PDRM. Walaupun PDRM mempunyai rasional tersendiri untuk menolak 23 lagi daripada 125 cadangan Suruhanjaya Diraja, tetapi rasionalnya untuk menolak penubuhan IPCMC tidak dapat diterima. Pandangan awalnya menerima tetapi sekarang ia menolak tanpa alasan baru yang munasabah. Lagi pun kerajaan Malaysia dan Kabinet yang menentukan dasar bukan kaitangan kerajaan. Mereka yang menolak cadangan penubuhan ICPMC adalah juga mereka yang satahun lalu menyokong cadangan ini.

Adalah diharapkan agar kerajaan tidak bertangguh, tetapi sebaliknya akan segera menubuhkan IPCMC demi bukan sahaja kebaikan PDRM dan seluruh pegawai dan anggotanya, tetapi juga demi kebaikan seluruh rakyat dan Negara. Kredibiliti kerajaan dan pemimpinnya akan terjejas kita mereka melakukan U Turn dalam soal ini.

Parliamentary Human Rights Caucus
Kuala Lumpur

March 30th, 2006