New Economic Policy extended to 2020
Ucapan oleh Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Kawasan Tanjong merangkap Naib Pengerusi DAP Kebangsaan semasa membahas usul mengenai Rancangan Malaysia Ke-9 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Isnin, 17hb. April 2006.
————————————————————————————————————
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai seorang jurutera sosial yang bagus dan RMK 9 menjadi bukti bahawa beliau seorang “Political inclusivist par excellence” sebab beliau telah dapat memberi Dasar Ekonomi Baru, yang dilancarkan oleh mendiang Tun Abdul Razak, satu nafas dan nyawa yang baru dengan melanjutkan tarikh pencapaian kepada tahun 2020, iaitu tahun sasar Malaysia berharap menjadi sebuah Negara maju, satu wawasan yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri telah menamakan pendekatan ini sebagai MISI NASIONAL yang merupakan satu rangka kerja bagi agenda pembentukan masyarakat Malaysia yang benar-benar maju yang berasaskan kepada pengagihan kekayaan yang lebih saksama dan penyertaan semua kumpulan masyarakat supaya dapat mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum.
Sebagai pengamatan awal, Misi Nasional lebih merupakan satu harapan Perdana Menteri untuk meninggalkan legacy sebagai pemimpin yang boleh mencapai dua matlamat penting iaitu matlamat Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020 sekaligus pada tahun 2020, matlamat-matlamat yang gagal dicapai oleh Perdana Menteri sebelumnya.
Ganjarannya amat besar sekali bagi beliau iaitu beliau akan menjadi pemimpin UMNO yang dapat menrealisasikan agenda Melayu untuk mengawal sekurang-kurang 30 peratus equiti kekayaan dalam satu tempohmasa Malaysia sudah mencapai status negara maju dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi ketuanan Melayu ke atas Negara ini. (more…)


