To raise or not to raise petrol prices?
Menteri Kewangan Kedua Senator Tan Sri Mohd. Nor Yaakob terpaksa membuat pelbagai penjelasan apabila ramai Ahli Parlimen menimbulkan soalan-soalan tentang pengendalian harga minyak di Dewan Rakyat pagi ini.
Tan Sri Mohd Nor Yaakob hampir buat kesilapan besar apabila beliau menegaskan bahawa Malaysia sebenarnya beruntung apabila minyak dunia naik hingga USD100 setong sebab Malaysia negara pengeksport minyak.
Tetapi setelah didesakkan oleh Ahli-Ahli Pembangkang, beliau mengaku bahawa sebenarnya kerajaan juga tidak berhasrat melihat harga minyak dunia mencecah melebihi USD100 setong kerana kesannya akan membawa dunia kepada kemelesetan ekonomi yang juga akan menjejaskan ekonomi Malaysia.
Menteri Kewangan II itu juga menegaskan kerajaan adalah terikat dengan jaminan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan tahun ini walaupun paras harga minyak dunia naik. Beliau menambah bahawa ini tidak menimbulkan masalah kepada pihak kerajaan.
Saya ambil kesempatan tanya Menteri Kewangan II, “Jika pada masa ini tidak menjadi masalah walaupun harga minyak sudah naik dari 60 USD kepada 72 USD setong, bilakah ia akan menjadi masalah. Apakah kepastian jaminan kerajaan itu mampan (sustainable) dan dapat disokongkan sekiranya harga minyak benar-benar naik sehingga USD100 setong?
Saya rasa jaminan itu ada satu jaminan politik semata-mata, tetapi sekiranya harga minyak naik sehingga satu paras yang tidak dapat disokongkan, apakah kerajaan akan buat demi kebaikan negara.
Menteri Kewangan II juga perlu menjawab dengan panjang lebar mengenai FTA dengan Amerika Syarikat dan penarikan pelaburan langsung asing apabila ramai Ahli Parlimen menimbulkan pelbagai perasaan was-was mengenai FTA.


