Ucapan oleh Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Tanjong semasa membahas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2005) 2006 dan Usul Pembangunan Tambahan di Dewan Rakyat pada Selasa, 2hb. Mei 2006

Menteri dan Ahli Parlimen BN tidak menyangkal dakwaan
ahli politik, golongan yang paling tidak boleh dipercayai
———————————————————————-

Parlimen dan perkhidmatan awam merupakan institusi yang amat penting dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia harus mendapat kerpercayaan rakyat supaya ia boleh memainkan peranan secara berkesan dan juga mendapat legitimasi.

Tetapi apakah ahli-ahli Parlimen, ahli Jemaah Kabinet dan juga perkhidmatan awam dipandang sebagai golongan yang paling boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Siapakah sebenarnya mendapat kepercayaan rakyat jelata?

Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) telah melakukan satu kajian untuk mengukur persepsi tahap kepercayaan oleh rakyat terhadap integriti yang ada dalam 15 jenis profesional, seperti doktor, guru, paderi, hakim, pemimpin kesatuan sekerja, wartawan, Menteri, tokoh perniagaan, ahli politik dan sebagainya.

Keputusannya, ahli politik didapati golongan yang paling tidak boleh dipercayai dan berada pada tangga terakhir. Menteri, penjawat perkhidmatan awam dan tokoh perniagaan juga didapati kurang dapat kepercayaan responden dalam kajian ini.

Integriti adalah berkenaan dengan prinsip urustadbir yang baik, ketelusan, tanggungjawab dan kadar korupsi.

Penemuan kajian ini seharusnya mengejutkan kita kerana ia menunjukkan kadar integriti di kalangan ahli politik dan pemegang jawatan perkhidmatan awam dipersoalkan. (more…)