Chow Kon Yeow: 曹观友

PoliticsThursday, 08-06-2006 14: 25.39

Dear Pak Lah,

I know you are very sad and angry with Dr Mahathir for lashing out his strongest criticism against you today.

His remarks are reported in many parts of the world today. I first saw this piece of news in a Russian newspaper online last night.

This shows Dr Mahathir is still very newsworthy although he claimed your Administration and the media here are giving him very little space.

You have asked Malaysians to speak the truth and maybe you are still reeling in shock with Dr Mahathir’s attack.

I think Dr Mahathir is very harsh with you this time but you have to take it in stride.

He is entitled to exercise his freedom of speech and he is using this freedom now.

You should not keep your silence anymore, lest Malaysians think you are weak.

You should come out to reply to Dr Mahathir’s remarks, even expose his wrongdoings now and when he was Prime Minister.

But it is my hope that you would never consider the ISA against Dr Mahathir.

He speaks like an Opposition member but he is not an Oppositionist like us.

Thank you, Mr. Prime Minister.

DAP, Politics 13: 10.02

Ucapan Aluan oleh Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Tanjong dalam majlis jamuan makan menyambut ulangtahun ke-40 penubuhan DAP di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Pulau Pinang pada 8 Jun 2006.

DAP bertekad mencapai kemenangan pilihanraya untuk menjayakan perjuangan “Malaysian First”

DAP ditubuhkan 40 tahun dahulu oleh satu kumpulan rakyat yang amat mencintai Negara Malaysia. Mereka percaya bahawa Negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan budaya boleh disatupadukan oleh satu identiti bersama yang bukan berdasarkan kepada pertimbangan kaum dan agama tetapi berdasarkan kepada nilai-nilai demokratik sosialis.

DAP merasa bangga kerana perjuangan Malaysian Malaysia yang diperkenalkan adalah cita-cita yang murni dan masih relevan pada hari ini.

Oleh sebab itu DAP menawarkan perjuangannya kepada semua rakyat Malaysia sebab kita semua mempunyai satu masa depan yang sama.

Sebagai Negara yang majmuk, Malaysia tidak dipunyai oleh satu-satu kaum dan tidak ada satu kaum harus menganggap mereka sahajalah rakyat Malaysia.

Sepanjang 40 tahun ini, DAP cuba mengembangkan impian Malaysian Malaysia ini walaupun parti menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Walaupun begitu, DAP tidak pernah merasa sunyi dalam perjuangan ini kerana ia mendapat sokongan dari jutaan rakyat Malaysia yang juga berkongsi aspirasi kami.

DAP mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, bangsa dan budaya yang mengorban bersama DAP demi mencapai impian Malaysian Malaysia.

Selepas hampir 50 tahun Negara kita mencapai Kemerdekaan, kerajaan yang memerintah masih gagal menyatupadukan rakyat kerana dasar-dasar mereka masih memecah-belah rakyat. Ini tidak akan membawa Malaysia ke mana-mana, khususnya dalam zaman globalisasi yang semakin mencabarkan.

Sempena ulangtahun ke 40 ini, DAP telah membawa kesinambungan perjuangan Malaysian Malaysia dengan memperkenalkan “Utamakan Malaysia” sebagai pendekatan untuk mencapai matlamat perpaduan nasional dan kemakmuran ekonomi bagi semua rakyat Malaysia.

DAP masih menganggap bahawa perpaduan nasional tidak akan dapat dicapai berdasarkan unsur kaum dan agama tetapi atas identiti bersama berdasarkan kepada prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, keadilan, integriti dan martabat insan.
Sudah sampai masanya, kita mengembeling tenaga rakyat semua untuk menjadi jaguh dunia dalam kecemerlangan akademik, persaingan ekonomi, kemajuan teknologi dan pengetahuan pengurusan demi mamastikan kemakmuran Negara yang diwujudkan dapat dinikmati oleh semua rakyat.

Kita semua masih perlu berkerja lebih kuat lagi untuk menjayakan matlamat-matlamat ini.

Lebih pentingnya, DAP perlu mendapat sokongan rakyat dan mencapai kemenangan pilihanraya untuk menjayakan perjuangan “Malaysian First”.