Reproduced from the Parliament Hansard on the verbatim report of my speech when debating the Safeguards Bill yesterday. To read Hansard online, you can access it at www.parlimen.gov

DR.5.7.2006 mukasurat 45
12.49 tgh.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya
diberi kesempatan ini untuk membahaskan Rang Undang-undang Pelindung 2006 seperti mana
yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan penjelasan mengapa rang
undang-undang ini perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana dalam Fasal 40 rang undang-undang ini, ini
merupakan satu obligasi antarabangsa Malaysia terhadap perjanjian penubuhan Pertubuhan
Perdagangan Dunia (WTO). Dan akta ini hendaklah terpakai bertepatan dengan obligasi
Malaysia di mana Perjanjian WTO ini dibuat di Marrakesh, Maroko pada 15hb April tahun 1994
dan juga termasuk GATT tahun 1994 serta perjanjian tentang pelindung. Sekali lagi Tuan Yang
di-Pertua saya nampak bahawa Dewan Rakyat ini perlu membuat undang-undang kerana
memenuhi obligasi antarabangsa kita kepada dunia luar. Kita perlu ingat ini bahawa semua ini
dibuat adalah kerana ini dalam satu bahagian dalam proses globalisasi dan kita tidak terkecuali
dari impak globalisasi ke atas negara kita. Kita juga pernah ingat bahawa setiap kali kita
memenuhi obligasi antarabangsa kita, kita sebenarnya akan dan telah menyuarakan sedikit
sebanyak sovereignty rights atau domestik or national policy space negara kita demi menentukan
dasar-dasar untuk negara kita sendiri.
Kita tahu bahawa setiap negara yang merdeka berhak untuk menentukan apa dasar
yang baik untuk negara itu. Ini mungkin dari segi dasar sosial, dasar ekonomi ataupun dasar
kewangan. Tetapi pada hari ini globalisasi telah menyebabkan negara-negara menyerahkan
hak-hak ini kerana perlu memenuhi obligasi antarabangsa yang ditetapkan dalam pertubuhan
antarabangsa di mana peraturan-peraturan ini ditetapkan oleh kuasa-kuasa dunia dan dunia
ketiga barangkalinya dipaksa untuk mematuhinya.
Kita tahu bahawa perjanjian perdagangan dunia sering mengandungi satu pakej
perjanjian yang perlu dipatuhi oleh setiap negara yang mengambil bahagian misalnya perjanjian
penubuhan WTO dan GATT mempunyai pakej perjanjian dan sebagai …..’sonitari’ kita terikat
dengan perjanjian ini dan perlu mengambil tindakan susulan dalam dewan perundangan kita.
Jadi tidak hairanlah kita telah meluluskan pelbagai-bagai akta seperti Akta Anti Lambakan dan
sebagainya sebagai obligasi kita kepada perjanjian antarabangsa ini. Ini lain daripada perjanjian
United Nation Tuan Yang di-Pertua, di mana sesebuah negara mempunyai pilihan untuk
memeterai perjanjian-perjanjian tertentu ataupun tidak. Malaysia sendiri tidak menandatangani
beberapa konvensyen United Nation. (more…)