PARLIAMENT: Bank Negara to provide counselling services for debt management
My speech when debating the bill to amend the Bank Negara Act on Tuesday,11 July 2006.
4.23 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya
dipilih untuk menyertai pembahasan mengenai rang undang-undang untuk meminda Akta Bank
Negara Malaysia Tahun 1958. Saya ingin menumpukan perhatian saya kepada Fasal 3 iaitu
fasal ini bertujuan untuk meminda nota bahu kepada seksyen 30A Akta 519 dan untuk
DR.11.7.2006 89
meluaskan skop pemakaian seksyen itu untuk memberi bank kuasa bagi menubuhkan
pertubuhan perbadanan untuk maksud memberi kaunseling kewangan, perkhidmatan
pengurusan hutang dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan.
Seperti mana yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen apabila
membentangkan Rang Undang-undang ini, sebenarnya Bank Negara Malaysia telah
menjalankan kerja-kerja yang bersangkut paut dengan kaunseling kewangan, perkhidmatan
pengurusan hutang dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan. Cuma melalui pindaan
Rang Undang-undang ini dan Akta ini, diberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia dan bank
untuk secara khasnya ataupun dengan kuasa undang-undang untuk menjalankan kerja-kerja
seperti ini.
Saya ingin menyatakan Tuan Yang di-Pertua, bahawa dalam menjalankan kerja-kerja
yang dipohon kuasa ini, Bank Negara Malaysia perlulah berpandu kepada akta-akta yang lain
yang beroperasi di negara ini untuk mengawal sektor kewangan dan ekonomi kita. Antaranya
mungkin saya beri satu dua contoh mengenai Akta Kebankrapan juga menjadi satu rujukan
kepada Bank Negara Malaysia apabila hendak memberi khidmat nasihat kepada orang-orang
yang menghadapi masalah untuk menguruskan hutang mereka ataupun menghadapi NPL (None
Performing Loans) yang begitu banyak. Mereka mohon perkhidmatan pengurusan hutang dan
nasihat dan ini akan memberi Bank Negara Malaysia satu peluang untuk menjelaskan butiranbutiran
undang-undang dan sebagainya kepada pihak-pihak yang mohon khidmat ini dan juga
membabitkan institusi kewangan yang mana NPL itu ditanggung oleh institusi kewangan seperti
bank.
Jadi sekiranya Bank Negara Malaysia ingin menjalankan kerja-kerja khidmat pengurusan
hutang dan kaunseling ini, ia perlulah mengamalkan sikap yang amat tegas dalam menjalankan
kerja supaya segala nasihat yang diberikan atau bakal diberikan kepada orang yang menghadapi
masalah pengurusan hutang akan dapat nasihat yang sewajarnya yang dapat menolong mereka
menyelesaikan masalah hutang mereka dengan institusi-institusi kewangan yang terbabit.
Oleh itu saya rasa Bank Negara Malaysia sebagai authority yang amat tinggi dalam
sektor ini sebagai badan pemantau haruslah memberi keyakinan yang tertinggi kepada orangorang
yang minta nasihat itu kepada pelabur-pelabur asing yang ingin melabur di negara ini,
keyakinan terhadap Bank Negara Malaysia adalah amat penting. Jadi saya secara ringkasnya
inginkan Bank Negara Malaysia memberi keyakinan kepada orang awam dan masyarakat
khususnya pelabur-pelabur tempatan dan asing bahawa mereka yakin dengan tingkah laku Bank
Negara Malaysia sendiri.
Bank Negara Malaysia menjadi teladan kepada bank-bank dan institusi-institusi yang lain
dalam menjalankan ataupun menghayati akta-akta ataupun garis panduan-garis panduan yang
digubal untuk menambah baik keselamatan dan sistem kewangan di negara ini.
DR.11.7.2006 90
Kalaulah Bank Negara Malaysia sendiri tidak memberi keyakinan kepada masyarakat
umum, dalam menguruskan masalah-masalah yang ia hadapi ia akan menjejaskan keyakinan
orang ramai terhadap Bank Negara Malaysia. Misalnya dalam akhbar baru-baru ini dikatakan
masalah yang dihadapi oleh Tan Sri Tajudin Ramli yang counter sue Danaharta kerana bersabit
dengan kes penjualan dan pembelian saham-saham MAS.
Saya tidak akan menyentuh mengenai merits dalam kes ini sebab ia dalam mahkamah.
Tetapi saya berasa hairan sebab mengapa Bank Negara Malaysia disabitkan dalam kes ini?
Iaitu dikatakan dalam tahun pertengahan 90-an Bank Negara Malaysia telah mengalami kerugian
yang amat besar sehingga berbilion-bilion dalam forex trading iaitu forex skandal pada masa itu
dan skim jual beli saham MAS ini dikatakan untuk membantu untuk menyembunyikan kerugiankerugian
yang perlu ditanggung oleh Bank Negara Malaysia.
Oleh itu setakat ini saya tidak nampak dan tidak lihat Bank Negara membuat apa-apa
kenyataan untuk menjelaskan peranan sebenarnya dalam skandal Forex - kerugian Forex ini
yang bersangkut paut dengan perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Tan Sri Tajuddin Ramli
dalam counter-suit nya terhadap Danaharta.
Saya inginlah Bank Negara mendapat keyakinan daripada masyarakat. Sekiranya dalam
kes yang membabitkan berbilion-bilion ringgit, skandal-skandal kewangan dan yang melibatkan
Bank Negara sendiri tidak ada jawapan dari pihak tertinggi Bank Negara, ini akan menjejaskan
keyakinan orang ramai terhadap peranan yang dimainkan oleh Bank Negara sebagai badan
pemantau institusi kewangan dan bank-bank kewangan di dalam negara ini.
Saya berharaplah, bagi mendapat balik atau meyakinkan orang awam terhadap
kewibawaan Bank Negara, kita menuntut bahawa Bank Negara memberi penjelasan yang
sewajarnya untuk memberitahu rakyat sejauh mana mereka ada memikul beban kerugian yang
berjumlah berbilion-bilion ringgit pada pertengahan tahun 90-an dalam urus niaga Forex dan
apakah ia disabitkan dalam kes jual beli saham MAS.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga nampak sekali lagi Bank Negara hilang sedikit sebanyak
kewibawaan dan keyakinan dalam kes Bank Islam di Labuan, di mana dikatakan kerugian
sebanyak RM480 juta akibat kelemahan pengurusan kredit operasi mereka. Ini sekali lagi
menunjukkan walaupun ada akta-akta yang tertentu dan mahupun Bank Negara sebagai badan
pemantau yang membuat dasar ataupun membuat garis panduan untuk diikuti oleh institusiinstitusi
kewangan di dalam negara ini tetapi masih berlakunya masalah-masalah seperti Bank
Islam di Labuan kerana kurangnya pemantauan terhadap operasi bank, terhadap pengurusan
yang mengambil bahagian dalam lembaga dan terhadap bagaimana pinjaman-pinjaman diberi
dengan begitu sahaja tanpa melalui stringent scrutiny daripada badan pengurusan.
Ini menunjukkan walaupun ada undang-undang mahupun garis panduan yang begitu
banyak Bank Negara dalam kes kerugian Bank Islam di Labuan ini menunjukkan mereka tidak
membuat pemantauan yang begitu rapi sehingga isu-isu seperti corporate governance standard
DR.11.7.2006 91
dalam offshore financial institution ini telah menyebabkan kerugian yang begitu banyak oleh Bank
Islam di Labuan.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sedikit contoh yang saya bangkitkan untuk
memperlihatkan sejauh mana Bank Negara memainkan peranan dalam memantau institusi
kewangan ataupun sektor kewangan dalam Malaysia ini. Sehubungan dengan matlamat Bank
Negara untuk memohon statutory power untuk memberikan khidmat kaunseling kewangan dan
perkhidmatan pengurusan hutang, saya juga ingin membangkitkan sedikit sebanyak hujah
bagaimana mereka dapat melaksanakan peranan ini dengan adilnya sebab peranan adil yang
bakal dimainkan oleh Bank Negara ini amat penting.
Sebenarnya melalui khidmat ini, Bank Negara memainkan peranan mediator di antara
pihak-pihak yang bermasalah, pihak peminjam dan juga bank-bank atau institusi kewangan yang
memberi pinjaman dan seterusnya menghadapi masalah NPL. Jadi peranan mediator ini amat
penting dan sekali lagi keyakinan itu amat penting. Sekiranya pihak-pihak yang bertikai tidak
melihat Bank Negara sebagai mediator yang tidak berpihak kepada sesiapa, cuma mereka
memainkan peranan berdasarkan undang-undang yang sedia ada ataupun garis panduan yang
digubal oleh Bank Negara untuk mengawal selia industri kewangan ini, orang yang terbabit dalam
pertikaian itu tidak mempunyai keyakinan terhadap Bank Negara.
Sehubungan dengan itu saya ingin membangkitkan satu kes yang pernah saya
bangkitkan dalam ucapan penangguhan. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen pun sangat
prihatin terhadap kes yang dihadapi oleh “Strong Kota Development Sdn. Bhd.” dengan Malayan
Banking Bhd. Satu kes yang membabitkan seorang pemaju perumahan di Pulau Pinang yang
membeli satu tapak tanah untuk dimajukan sebagai projek kondominium dan apartmen yang
mempunyai kelulusan perancang dan juga mempunyai permit dari Majlis Perbandaran Pulau
Pinang. Mereka telah memohon pinjaman sebanyak RM5 juta dari Malayan Banking Berhad.
Oleh sebab tapak tanah untuk projek kondominium ini dipilih sebagai tanah yang diperlukan oleh
kerajaan untuk melaksanakan projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (Penang Outer Ring
Road). Jadi, projek yang sebelum itu mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran dibekukan
projek itu dari terus binaan dan juga penjualan hartanah tersebut.
Oleh sebab projek itu dibekukan, syarikat itu menghadapi masalah untuk mendapat hasil
daripada penjualan unit-unit kondominium dan apartmen dari projek ini dan ini menyebabkan
masalah mereka tidak mampu untuk service pinjaman sebanyak RM5 juta dari Malayan Banking
Bhd. Ekoran dari kegagalan syarikat itu untuk membayar ansuran terhadap pinjaman RM5 juta
itu, seorang pengarah dan juga pemilik 98% ekuiti dalam syarikat ini dimufliskan selepas
permohonan Malayan Banking Bhd. yang menuntut pada masa itu dalam tahun 1999 sebanyak
RM5.8 juta. Oleh sebab itu Encik Loo San Wah, pemilik ini sudah menjadi mangsa bagi
beberapa tahun kerana kelewatan pihak kerajaan untuk memuktamadkan urusan pengambilan
balik tanah dan pembayaran pampasan.
DR.11.7.2006 92
Sebenarnya dalam kes ini, syarikat ini masih memiliki tanah yang amat berharga. Tanah
yang dikatakan diberi pampasan oleh kerajaan oleh Lembaga Lebuh Raya sehingga RM20 juta
sebagai pampasan. Walaupun itu hal yang lain, pampasan itu pun tidak dipersetujui oleh pemilik
tanah. Tetapi ini menunjukkan syarikat itu masih mempunyai aset sampai RM20 juta. Tetapi
dalam kes ini, Maybank telah menuntut sebanyak RM5.8 juta dan menjadikan pemegang saham
yang terbesar itu muflis. Dan saya rasa Yang Berhormat Setiausaha Parlimen yang saya hormati
sedar dengan kes ini sebab pemilik itu pun merupakan pengundi dalam kawasan Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen dan banyak kali memohon jasa baik dari Yang Berhormat untuk
menjadi mediator dalam kes ini….
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat
Puchong, sila.
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
Yang Berhormat bagi Tanjong. Saya bangun ingin bertanya kepada Yang Berhormat bagi
Tanjong. Saya ingat kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tanjong…, saya tidak
tahu secara sehalus-halusnya tetapi kalau tidak silap saya, ini satu kes membabitkan di antara
institusi kewangan dengan individu di mana mereka ada satu perjanjian, pinjaman mungkin.
Mungkin Maybank itu hanya menjalankan tugas ataupun meng execute kan terma-terma atau
syarat-syarat dalam pinjaman loan itu dan pada masa yang sama di dalam Kanun Tanah Negara,
satu undang-undang di mana satu tanah untuk pembangunan negara, tanah itu mesti dapat
digadai ataupun kepada pihak pembangun, pihak Kerajaan Negeri atau Persekutuan tetapi
mereka mesti membayar pampasan mengikut harga atau nilai pasaran.
So saya ingat ini tidak ada kaitan dengan Bank Negara dan juga, apakah rancangan atau
dasar-dasar Bank Negara. Saya memerlukan sedikit penjelasan dari Yang Berhormat,
bagaimana ia boleh berkaitan dengan ini?
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Ia berkaitan dengan Bank Negara kerana Bank
Negara sebelum AFTA ini pun sudah menawarkan khidmat kaunseling untuk menguruskan
hutang dari pihak-pihak yang bertikai antaranya bank dengan peminjam. Itulah peranan dan
bidang kuasa yang dituntut oleh Bank Negara melalui AFTA ini.
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Sebelum ini saya ingat dia ada lagi apa-apa agensi
kaunseling. So ini telah berlaku. Dan sekarang kita ini ingin menggubal terma-terma di sini dan
ini bermakna, akta ini akan digazetkan, diwartakan baru ada satu kesan terhadap apa-apa yang
akan ditubuhkan. So saya ingat ini bukan cara atau masa untuk membabitkan Bank Negara
dalam perkhidmatan agensi kaunseling yang kita bahas sekarang ini.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Puchong.
Adakah Yang Berhormat bagi Puchong hendak suggest bahawa selama ini khidmat kaunseling
yang diberikan oleh Bank Negara adalah tidak legitimate, adalah melanggar undang-undang
DR.11.7.2006 93
sebab sememangnya mereka telah membekalkan khidmat ini kepada pihak-pihak yang
menghadapi masalah. Cuma mereka yang datang ke Dewan ini untuk …..
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Legalise!
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: ….Legalise apa yang…., terima kasih ya peguam
penasihat saya di belakang. Untuk legalise melalui akta ini, apa yang selama ini mereka telah
berikan khidmat kepada pihak-pihak yang inginkan perkhidmatan ini. Saya akan teruskan
dengan sedikit banyak fakta dalam kes ini sebab saya ringkaskan fakta ini sebab saya kata Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen memang prihatin dan erti dalam selok-belok kes ini.
Tetapi untuk faedah Ahli Yang Berhormat bagi Puchong dan lain-lain Ahli Yang
Berhormat, saya teruskan dengan sedikit sebanyak fakta supaya kita tidak keliru dalam kes ini
yang nampaknya seorang mangsa yang sepatutnya menjadi jutawan tetapi oleh kerana
kemungkiran dan juga oleh sebab terbabit dalam satu projek lebuh raya kerajaan, menjadi
mangsa, menjadi muflis. Dahulu mungkin pakai Mercedes Benz sekarang kena pakai Kancil.
Itulah masalah yang saya bangkitkan.
Dan Malayan Banking pada masa itu menuntut RM5.8 juta ringgit dan pada tahun 2003
bulan November, Jabatan Insolvensi Malaysia telah meminta Encik Lou ini dan syarikat itu
mengikuti Akta Kebankrapan, Bankruptcy Act untuk membayar balik RM5.8 juta ringgit kepada
Malayan Banking. Malayan Banking menuntut RM5.8 juta dalam permohonan memufliskan
Encik Lou dan Jabatan Insolvensi Malaysia mengarahkan supaya mereka ikut Akta Kebankrapan
dan meminta Encik Lou bayar balik RM5.8 juta ringgit tetapi Malayan Banking enggan bersetuju.
Pada tahun 2004, Malayan Banking minta syarikat itu membayar RM7 juta dan ini tidak
munasabah. Syarikat itu terpaksa memenuhi permintaan bank untuk membayar balik RM7 juta
ringgit dalam satu perjanjian untuk menggunakan wang pampasan dari Ketua Pengarah Tanah
dan Galian Persekutuan di mana saya katakan, pampasan sebanyak RM20 juta ringgit diberikan
kerana mengambil alih tanah yang terbabit dalam Penang Outer Ring Road atau PORR.
Borang ‘E’ Akta Pengambilan Tanah dikeluarkan bulan Januari 2004 tetapi bank
berkenaan tidak menyerahkan geran tanah kepada pentadbir tanah dan seterusnya Borang ‘H’
pun dikeluarkan dan wang pampasan disimpan di mahkamah. Ini adalah mengikut atur cara
pengambilan tanah di negara ini….
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi
Puchong.
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
Yang Berhormat bagi Tanjong.
Saya ingat saya tidak begitu setuju Yang Berhormat bangkitkan kes ini kerana apa yang
kita bahas ini ialah mengenai kaunseling ataupun khidmat kaunseling. Okay kata kita boleh
bayangkan, anggapkan Bank Negara telah memberikan khidmat kaunseling, khidmat nasihat
DR.11.7.2006 94
kepada dua pihak ini. Anggap mungkin ada. Tetapi yang pokok ialah mengenai perjanjian
pinjaman di antara bank-bank komersial, iaitu Maybank dengan peminjam ini. Di mana mereka
telah menandatangani satu kontrak pinjaman dan sekarang ini bank telah menjalankan tugas dan
melaksanakan terma-terma kontrak iaitu mendapat balik pinjaman daripada syarikat yang
disebutkan oleh Yang Berhormat ini.
Saya ingat ini tidak berkaitan dengan…, dan saya ingat tidak payah Yang Berhormat bagi
Tanjong mengelirukan Dewan ini kerana tidak berkaitan dengan apa yang dibincangkan
sekarang ini. Apa pendapat Yang Berhormat?
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Yang Berhormat bagi Puchong sudah membuat satu
dakwaan yang amat serius sehingga kata saya memesongkan Dewan ini. Mengikut Peraturan
Mesyuarat 36(12), saya boleh diheret di hadapan jawatankuasa privilege. Ini satu dakwaan yang
amat serius….
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Buang masa! You cakap sesuatu yang tidak
berkaitan…
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Biarlah kerajaan kata saya buang masa….
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Biarlah!
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Mengapa Ahli Yang Berhormat bagi Puchong sangat
khuatir dengan apa yang saya katakan pada petang ini?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ada interest kah?
Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini mesti sender for bela….
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Hendak bela siapa? Huh?
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Maybank, Maybank, shareholder?
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Ejen Maybank di Dewan ini kah?
Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Atau Menteri?
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Atau Ketua Menteri yang gagal menolong Encik Lou
ini di negeri Pulau Pinang?
Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Oooh!
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: GERAKAN, GERAKAN…..
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Kita ini kalau hendak bincang secara profesional,
profesional la. Go to the issue. Kita hendak bincang isu. Jangan kita cakap hendak bela sesiapa,
betul atau tidak?
Saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat bagi Tanjong ini setuju dengan saya
bahawa kes-kes yang Yang Berhormat bagi Tanjong bangkitkan ini adalah tidak berkaitan
dengan apa yang kita bincang di sini? Kerana saya sudah ulangi bahawa ini adalah berkaitan di
antara peminjam dengan institusi kewangan. Kalau kita assumed bahawa Bank Negara telah
memberi nasihat kepada kedua-dua pihak tetapi itu hanya nasihat. Dari segi legally address,
DR.11.7.2006 95
remedy ini masih bergantung kepada kontrak yang mereka sain. Itu sahaja yang saya hendak
cakap.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Setakat ini, ini menunjukkan kejahilan Yang
Berhormat sendiri lah. Saya rasa Setiausaha Parlimen tidak menganggap saya buang masa
Dewan ini. Sebab memang kes ini sudah sampai ke Bank Negara, sudah sampai dan mereka
pun mengatur perjumpaan di antara dua pihak untuk menyelesaikan masalah yang terbabit. Dan
sememangnya mengikut perjanjian dia tak dapat bayar, Maybank tuntut di mahkamah dan
dimufliskan peminjam ini, itulah yang mengikut perjanjian. Jadi apa masalahnya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, gulung Yang
Berhormat.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Tak gulung, saya baru mukadimah saja. Tuan Yang
di-Pertua, selepas Borang H dikeluarkan, Maybank bukan sahaja tidak menyerahkan geran
kepada pentadbir tanah bagi mendapat pembahagian wang yang dipersetujui untuk melepaskan
Encik Loo status muflis, tetapi meneruskan tindakan mereka untuk menuntut RM10.89 juta dari
RM5.8 juta, mahkamah menjatuhkan keputusan memufliskan Encik Loo. Sekarang pula
Maybank, nak tuntut RM10.89 juta, inilah isunya Yang Berhormat Puchong.
Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Penjelasan, Yang Berhormat bagi Tanjong.
Adakah Yang Berhormat bagi Tanjong bersetuju bahawa Maybank sudah jadi “Along” besar di
negara kita? Mengapa taraf tempohnya beberapa tahun saja? Pinjaman ini bernilai RM10 juta,
ini satu penganiayaan kepada pembangkang-pembangkang khususnya peminjam-peminjam dari
bank. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Bank Negara haruslah mengambil tindakan
terhadap bank yang tidak bertanggungjawab sebab ini akan menunjukkan satu example yang
tidak baik kepada peminjam-peminjam yang pinjam dari Maybank. Sebab ini akan menjejaskan
ekonomi kita bahawa bank ini tidak bertanggungjawab kepada peminjam-peminjam di negara
kita.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini memanglah
satu pandangan yang bernas dari Ahli dari Bukit Bintang. Jadi saya berharap dalam kes ini.
Tuan Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Ahli Yang Berhormat bagi Tanjong. Ini tak ada pakatan walaupun Puchong dengan Hulu
Langat bersebelahan. Tetapi saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat
Tanjong, dari mula permohonan untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman bank oleh syarikat
ini. Serta kemudiannya dokumen pinjaman telah ditandatangani di antara bank dengan
peminjam dan mungkin juga mempunyai sokongan dokumen yang lain seperti contoh directors
guarantee, atau corporate guarantee, atau dokumen gadaian untuk menjamin pinjaman ini. Dan
kemudiannya apabila peminjam gagal untuk bertanggungjawab membayar balik pinjaman
dengan cara yang ditetapkan, pihak bank mengambil tindakan.
DR.11.7.2006 96
Dan apabila pihak bank mengambil tindakan, kegagalan peminjam untuk membayar
balik, pihak bank boleh mengambil redress, boleh mengambil cara untuk mendapat balik wang
mereka. Adakah Yang Berhormat ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini, setiap kali
peminjam atau penjamin dalam sesuatu pinjaman bank gagal untuk membayar, pihak bank
seharusnya berdiam diri? Atau apabila gagal untuk membayar pinjaman, pihak kerajaan atau
Bank Negara mesti campur tangan? Mesti ambil sokongan kepada setiap creditors ini dan
hentikan apa-apa tindakan mahkamah. Kalau ini berlaku, mana-mana bank pun tidak akan
bersedia, mana-mana bank perdagangan pun tidak akan memberi sebarang pinjaman kepada
mana-mana badan yang ingin membuat pinjaman. Melainkanlah, saya tak tahu kalau Bank DAP
boleh memberi kaedah sedemikian dan bank itu terus maju. Kalau apa-apa bank pun, bila ambil
tindakan pihak kerajaan mesti halang, pihak Bank Negara mesti halang, mana bank pun akan
mengalami kerugian. Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Jangan
dalam tergesa-gesa untuk menyelamatkan Puchong, buat apa pandangan yang tidak masuk
akal? Di mana saya mempertikaikan hak Maybank untuk menuntut? Bila dalam ucapan saya,
saya mempertikaikan? Adakah saya mempertikaikan Maybank tidak patut pergi ke mahkamah
untuk tuntut balik hutang itu, bila? Tak ada.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, balik kepada
Akta itu. Bank dengan peminjam, ya.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Tak faham. Apa tak berkaitan Yang Berhormat,
minta satu ruling sebab saya sedang membahaskan pengurusan hutang. Apa tidak berkaitan?
Saya pun tak mengerti mengapa dua orang ini sanggup membuat sesuatu yang merendahkan
diri sendiri. Jadi saya berharap Setiausaha Parlimen yang amat prihatin terhadap kes ini jangan
setakat Bank Negara mengaturkan mesyuarat sahaja. Sebab dalam awal ucapan saya pun,
saya kata segala khidmat yang akan diberikan oleh Bank Negara haruslah berpandukan kepada
Akta-akta yang ada di negara ini. Mungkin Akta Kebankrapan dan sebagainya.
Jadi dalam kes ini, apakah wajar Maybank ini menuntut hingga RM11 juta? Dan apakah
Maybank ini ada melanggari apa-apa Akta yang diguna pakai dalam negara ini? Saya berharap
Setiausaha Parlimen yang pernah menulis surat bagi pihak orang ini kepada Maybank ingin
mengutarakan masalah yang dihadapi mesyuarat ini sendiri pun beranggapan bahawa tidak
adillah dalam kes ini, wujudnya ketidakadilan. Jadi saya berharap Bank Negara dalam
mengeksesaiskan undang-undang atau kuasa undang-undang yang diberikan dapatlah
memainkan satu peranan yang amat baik dalam menyelesaikan masalah-masalah yang saya
bangkitkan dalam kes ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ambil kesempatan untuk menyentuh perkara yang lain.
Iaitu berhubung dengan pinjaman ataupun tabung kepada para pemaju perumahan selepasnya
pelaksanaan konsep bina dahulu dan jual kemudian. Sebab mengikut reaksi daripada pemajuDR.
11.7.2006 97
pemaju perumahan, khususnya mereka yang sederhana ataupun pemaju yang kecil, mereka
bimbang dengan terlaksananya konsep baru ini. Walaupun dalam fasa permulaan, konsep yang
sedia ada masih terus berjalan dan konsep baru itu bina dulu dan jual kemudian diberi masa
untuk lihat kesan-kesannya. Tetapi bagi pemaju-pemaju yang kecil dan sederhana, mereka amat
mengharapkan bahawa Bank Negara dapat memantau impak-impak dasar ini terhadap pemajupemaju
kecil dan sederhana dari segi untuk mendapat regime financing daripada bank-bank dan
institusi-institusi kewangan.
Yang diharapkan oleh mereka adalah dengan terlaksananya konsep baru ini, mereka
akan perlu menanggung kos pembinaan dan mereka cuma mendapat 10% down payment sahaja
dan bakinya perlulah dipikul oleh pemaju-pemaju berkenaan dan selepas siap bina barulah
mereka dapat sumber kewangan ini. Jadi dalam masa selepas menerima 10% sehingga siapnya
projek perumahan ini, ini akan merupakan satu keadaan yang jauh berbeza dengan apa yang
diamalkan sekarang iaitu sekarang mereka boleh mendapat progress payment daripada pembelipembeli
di mana progress payment ini dapat digunakan sebagai capital ataupun membiayai kos
pembinaan termasuk yuran konsultan kepada peguam, kepada arkitek, kepada engineer dan
juga kepada syarikat-syarikat atau kontrak dan subkontrak untuk menjalankan kerja-kerja
pembinaan projek perumahan ini.
Jadi dengan terlaksananya build first and sell later, saya rasa Bank Negara mempunyai
peranan yang amat besar untuk memastikan bank-bank dan institusi kewangan dapat
menyediakan finance ataupun pinjaman yang secukupnya kepada golongan pemaju ini sebab
tanpa sokongan daripada institusi kewangan, konsep baru ini pun tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurnanya dan lagipun kalau tidak dapat bridging finance dengan preferential terms
ini, saya rasa kemungkinan besar pemaju-pemaju kecil dan sederhana itu pun akan memikul
hutang kelak dan mungkin memerlukan khidmat pengurusan hutang dari Bank Negara. Jadi…
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi
Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tanjong. Yang
Berhormat bagi Tanjong sekarang mencadangkan supaya kementerian untuk membantu pemaju
apabila bina dahulu baru dijual punya konsep dilaksanakan. Tetapi pada waktu sekarang juga
ada ramai pembeli rumah yang menghadapi masalah juga. Mereka membeli rumah dan
harapnya mereka mendapat rumah tetapi projek tergendala ataupun projek terbengkalai tetapi
mereka masih terus membayar juga dan pada masa yang sama mereka juga membayar sewa.
Ada di antaranya yang ramai ialah kakitangan kerajaan juga. Adakah Yang Berhormat
bagi Tanjong akan mencadangkan supaya Bank Negara juga mengkaji untuk mengadakan satu
skim untuk membantu pembeli-pembeli rumah yang malang ini.
DR.11.7.2006 98
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam yang memberi satu cadangan yang baik. Saya rasa projekprojek
perumahan yang terbengkalai membabitkan berpuluh-puluh dan ratusan pembeli di
negara ini yang perlu memikul…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, itu sudah
jauh daripada akta. Itu pembelian rumah. Kita bercakap soal sekuriti dan kaunseling.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Yalah, pengurusan hutang kepada pemaju. Kalau
pemaju dalam konsep baru ini memang menghadapi bridging finance untuk menjalankan projek
mereka. Kalau gagal mendapat bridging finance, mereka perlu cari Bank Negara untuk
mendapat khidmat pengurusan hutang mereka. Ini pun satu bahagian pendidikan mengenai
pengurusan kewangan.
Jadi saya pun amat setuju dengan cadangan Yang Berhormat dan saya pun lihat Bank
Negara tidak mainkan peranan yang begitu aktif dalam perkara ini di mana walaupun projekprojek
itu terbengkalai, para pembeli pun mengikut perjanjian jual beli itu perlulah membayar
ansuran kepada bank-bank dan institusi-institusi kewangan. Tidakkah Bank Negara memikirkan
bahawa dalam tempoh projek ini terbengkalai bolehkah Bank Negara menggubal satu garis
panduan supaya bayaran ansuran daripada para pembeli dikecualikan ataupun ditangguhkan
sehingga projek itu dapat diselamatkan atau revived dan mereka akan terus membayar ansuran
kepada pihak pemaju.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang usaha Bank Negara
melalui Skim Penyelesaian Hutang Kecil untuk membantu sektor perusahaan kecil dan
sederhana. Ini memang satu khidmat yang amat berharga kepada para pengusaha perusahaan
kecil dan sederhana. Tadi Yang Berhormat bagi Jasin pun menyuarakan pandangan beliau
bahawa kalau hendak bantu jangan tumpu kepada orang-orang yang mempunyai business yang
besar-besar sahaja, pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana pun memerlukan bantuan di
bawah Skim Penyelesaian Hutang Kecil yang digariskan oleh Bank Negara dan dilaksanakan
oleh institusi-institusi kewangan.
Saya tidak berapa memahami tujuan bagaimana baru-baru ini Bank Negara telah
mengumumkan bahawa Bank Negara akan menetapkan bahawa hak NPL atau hutang tidak
berbayar ini akan ditingkatkan untuk layak sertai Skim Penyelesaian Hutang Kecil. Tujuannya,
Tuan Yang di-Pertua, mereka kata untuk meluaskan skop bantuan kepada sektor perusahaan
kecil dan sederhana seperti apa yang dikatakan oleh saya tadi saya memang menghargai inisiatif
Bank Negara melalui Skim Penyelesaian Hutang Kecil ini khususnya dalam masa-masa
kelembapan ekonomi di mana banyak sektor terjejas dan yang menerima impak yang terbesar
bukan sektor korporat sahaja tetapi pengusaha perusahaan kecil dan sederhana, mereka pun
memerlukan bantuan melalui Skim Penyelesaian Hutang Kecil.
DR.11.7.2006 99
Jadi saya tidak mengerti mengapa perlu ditingkatkan had NPL. Apabila meningkatkan
had NPL mungkin akan membantu lebih satu - dua orang korporat besar sahaja. Tetapi tumpuan
seharusnya diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang menjadi sebab mengapa
Skim Penyelesaian Hutang Kecil ini digubal in the first place. Itu tujuan dan matlamat Skim
Penyelesaian Hutang Kecil. Jadi saya ingin tahu jika Bank Negara tidak ingin melihat kaunter
perkhidmatan pengurusan hutang selalu dibanjiri oleh pengusaha kecil dan sederhana untuk
meminta khidmat nasihat, mereka haruslah memastikan di bawah Skim Penyelesaian Hutang
Kecil ini, pengusaha-pengusaha perusahaan kecil dan sederhana ini dapat pimpinan dan tunjuk
ajar yang sebaik-baiknya supaya perniagaan dan perusahaan mereka dapat survive, dapat
mapan ataupun dapat mengatasi masalah kewangan mereka.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Ya, Yang Berhormat bagi Kepong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi
Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan
sedikit kerana Yang Berhormat bagi Tanjong dia panjang lebar menyebut mengenai body
corporate untuk kaunseling dan sebagainya. Di sini Fasal 2, seksyen 30 (a), ia “notwithstanding
section 31, the Bank may establish a body corporate for the purposes of providing financial
counselling, debt management services and education on financial management”.
Adakah Yang Berhormat hendak mempertimbangkan supaya kita membuat cadangan
kepada pihak kementerian untuk mewujudkan bahagian-bahagian yang tertentu bagi
mengendalikan debts urusan yang disebutkan oleh Yang Berhormat kerana pada masa ini kita
pun tahulah pengurusan debts (hutang-hutang) ini tidak begitu sempurna. Kita hendak
sempurnakan mungkin kita ada bahagian khas untuk maksud ini. Adakah Yang Berhormat
hendak memberi cadangan kepada pihak kementerian untuk berbuat demikian.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, Bank Negara cuma
memainkan peranan sebagai pemantau ataupun regulator dalam sektor kewangan negara ini.
Dalam pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh Bank Negara, sebenarnya badan-badan yang akan
melaksanakan garis panduan dari apa yang digubalkan oleh Bank Negara adalah bank-bank dan
syarikat-syarikat kewangan. Jadi saya lihat dalam segi ini, Bank Negara memainkan peranan
sebagai penetap dasar ataupun garis panduan memainkan peranan untuk memantau sejauh
mana bank-bank dan institusi kewangan melalui Akta Bank dan Institusi Kewangan ada
mematuhi segala akta dan garis panduan yang ditetapkan.
Ini memang kita berharaplah Bank Negara pun dapat menjelaskan ataupun Setiausaha
Parlimen menjelaskan di bawah Skim Penyelesaian Hutang Kecil ini, sejauh mana skim ini dapat
membantu pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana menghadapi masalah mereka.
Sungguhpun dengan peruntukan asal sebanyak RM800 juta, tetapi sehingga ini nampaknya tidak
DR.11.7.2006 100
sampai separuh pun peruntukan asal ini digunakan untuk menyelamat sektor perusahaan kecil
dan sederhana. Saya berharap dalam usaha untuk meningkatkan had NPL sebelum mereka
layak menyertai skim ini, Bank Negara jangan mengarahkan mereka perlu ataupun pengusaha
yang menghadapi masalah hutang perlu capai satu had yang minimum sebelum mereka layak
untuk menyertai skim ini dan mohon bantuan daripada skim ini.
Sebab bagi pengusaha SMI dan SME ini, mungkin minimum RM50 ribu pun menjadi satu
beban yang amat besar. Sekiranya kalau mereka yang benar-benar menghadapi masalah dan
kekangan kewangan dalam business mereka. Mereka haruslah diberikan segala panduan dan
melalui bank-bank yang menyertai skim ini dapat refinancing ataupun loan-loan pinjaman yang
baru kepada mereka yang menghadapi masalah tetapi kemungkinan mempunyai satu business
reliable plan yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan business mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa tindakan juga yang diambil oleh
Bank Negara dan saya nampak kebanyakan inisiatif ataupun langkah-langkah yang diambil oleh
Bank Negara amat bagus untuk kebaikan dan keselamatan sistem kewangan di dalam negara
ini. Sebab tanpa safety measures yang digubalkan oleh Bank Negara lebih-lebih lagi selepas
krisis kewangan pada tahun 1997 dan 1998, sektor kewangan kita tidak akan dapat pulih ke satu
kedudukan yang lebih kukuh, yang lebih mapan dan juga berdaya saing.
Jadi, saya berharap semasa memberikan khidmat pengurusan hutang itu, Bank Negara
juga perlu menambah usaha dalam memastikan segala garis panduan yang digubalkan diikuti
oleh Bank Negara Malaysia sendiri dan juga semua institusi kewangan dan bank-bank di negara
ini supaya matlamat untuk menambahbaikkan kecekapan dan daya saing dan soundness dalam
sektor kewangan di negara ini dapatlah berjaya dan dapat menyediakan satu suasana yang
kondusif untuk membuat business dan pelaburan bukan kepada sektor yang besar-besar tetapi
juga kepada perusahaan kecil dan sederhana.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Bukit
Mertajam.
Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tanjong.
Adakah Yang Berhormat bagi Tanjong juga bermaksud bahawa pinjaman skim ini kepada
business-business yang kecil termasuk juga penjaja-penjaja. Saya rasa penjaja-penjaja
sekarang mereka kalau menghadapi masalah, tidak ada tempat, tidak ada bank hendak memberi
pinjaman. Oleh sebab itu, ramai penjaja meminjam daripada Along. Dan ini mengakibatkan
masalah. Jadi adakah Yang Berhormat bagi Tanjong ingin mencadangkan supaya Bank Negara
juga mengarahkan bank-bank mengadakan satu skim untuk pinjaman cemas kepada penjajapenjaja.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Ini memang satu masalah yang kita perlu tangani,
sebab masalah yang berhubung dengan Along merata-rata dan mengancam keselamatan
masyarakat dan saya pun rasa ini satu cadangan yang munasabah. Mungkin di bawah Skim
DR.11.7.2006 101
Penyelesaian Hutang Kecil ini had minimum itu tidak ada terpakai dan sekiranya sesiapa pun
dalam perusahaan kecil dan sederhana asalkan mereka dapat menunjukkan satu rancangan
bagaimana mereka ingin menyelamatkan atau menjadikan business mereka itu viable, Bank
Negara melalui bank-bank dan institusi kewangan haruslah memberi segala bantuan. Satu isu
lagi yang akhir saya ingin menyentuh adalah berhubung dengan kredit kad guidelines yang amat
penting sekiranya sekali lagi saya kata Bank Negara tidak mahu melihat kaunter khidmat nasihat
pengurusan harta ini dibanjiri oleh orang-orang yang memikul hutang.
Sebab mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan ada satu komponen yang
amat besar menghadapi masalah hutang yang tidak dapat mereka mampu bayar adalah
berhubung dengan penggunaan kad kredit untuk sebagai satu sumber kewangan yang mudah
diperolehi dan oleh sebab itu mereka menghadapi masalah apabila mereka tidak dapat
mengawal habit perbelanjaan mereka dan memikul tanggungjawab kewangan yang mereka tidak
mampu untuk membayar.
Jadi, saya berharap sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, pendidikan consumer
haruslah dipertingkatkan. Saya nampak memang ada usaha-usaha untuk memberi keinsafan
kepada pemegang-pemegang kad kredit untuk memberi nasihat kepada mereka, pendidikan
kepada mereka supaya mereka haruslah bertanggungjawab apabila menggunakan kad kredit
mereka dan mereka seharusnya mengamalkan satu corak hidup yang lebih sihat.
Tetapi memanglah pendidikan ataupun kempen kesedaran ada batasannya untuk
melihat keberkesanan tindakan untuk mengawal masalah hutang di kalangan pemegangpemegang
kad kredit. Jadi saya berharap pihak Bank Negara Malaysia dapatlah memperketat
syarat-syarat berhubung dengan permohonan, penggunaan dan pembayaran kad-kad kredit di
negara ini.
Kita tidak ingin lihat di shopping mall atau di kompleks-kompleks begitu senang ada
kaunter-kaunter dari bank-bank ataupun pembekal kad-kad kredit ini menarik pelanggan dengan
begitu sahaja. Nampaknya begitu mudah sekarang untuk mendapat sekeping kad kredit.
Saya rasa kalau satu kajian dibuat oleh Bank Negara Malaysia ataupun institusi
kewangan pada hari ini seseorang pemegang mungkin memegang lebih daripada empat atau
lima kad kredit daripada bank-bank yang berlainan. Ini memang menjadi satu masalah yang
amat besar. Jadi saya berharap had kelayakan dapat dipertingkatkan, bank-bank atau institusi
dapat dikawal bagaimana mereka beroperasi untuk mendapat pelanggan mereka dan akhirnya
dalam Central Credit Reference Information System ini untuk menentukan Credit Assessment
Verification ini dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.
Saya baru baca satu laporan bahawa maklumat-maklumat yang amat penting ini
mungkin dijual kepada pihak-pihak ketiga termasuk CIA di Amerika Syarikat sebagai satu
tindakan anti keganasan. Mereka ingin memantau bagaimana rakyat kita menggunakan kreditkredit
dan corak perbelanjaan kita. Saya berharaplah dari segi ini Central Credit Reference
DR.11.7.2006 102
Information System ini benar-benar selamat dan tidak bocor kepada pihak-pihak mana yang tidak
patut memperoleh maklumat-maklumat peribadi seseorang pemegang dan kita pun hairan
mengapa dari semasa ke semasa kita terima panggilan ataupun leaflets ataupun surat tawaran
melalui pos, melalui e-mail. Ini tidak ada penjelasan yang lain. Penjelasannya ialah maklumatmaklumat
peribadi kita yang mungkin disimpan dalam Central Credit Reference Information
System di bank-bank telah bocor oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jadi saya berharap inisiatif Bank Negara Malaysia dalam memberikan kaunseling
kewangan, perkhidmatan pengurusan hutang dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan
akan berhasil dan berjaya. Sekian, terima kasih.



I’d like to start trading forex but am relatively new… does anyone know if forex trading edge is any good… or does anyone know of a site that can compare brokers for me to look into? Thank you
Comment by Rick Tener — Tuesday, 15-01-2008 @ 05: 37.24