My speech when debating the Bill to enact the Electronics Commerce Act 2006 on Thursday, 6 July 2006

4.50 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
kerana diberi kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang
Perdagangan Elektronik 2006.
Dunia e-dagang dipengaruhi oleh perubahan yang amat besar dan sekiranya kita tidak
bergerak se arah dengan perubahan ini, kita akan menjadi mangsa kepada perubahan.
Walaupun banyak syarikat telah menggunakan internet untuk membawa impak yang amat besar
kepada pengiklanan dan pengedaran barangan dan perkhidmatan, akan tetapi lebih banyak lagi
yang belum sedar tentang kebaikan medium berkomunikasi yang amat kuat ini untuk
menguruskan transaksi online. Soalnya, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh badan
perundangan untuk menggalakkan penerokaan apa yang boleh kita mendapat faedah melalui edagang.
DR 06.07.2006
87
Tuan Yang di-Pertua, tekanan untuk menggunakan media elektronik dan internet telah
membawa implikasi polisi dan undang-undang kepada kerajaan, kepada business dan individuindividu.
Dari sudut pandangan undang-undang kerajaan dan business diharap dapat
memastikan dokumen elektronik adalah efektif dan mematuhi peruntukan undang-undang seperti
mana terdapat dalam bentuk konvensional. Kini kita masih dapati bahawa undang-undang sedia
ada masih memerlukan dokumen yang ditandatangani dalam bentuk konvensional dan jauh dari
amalan paperless work. Semua ini akan menghalang perkembangan e-dagang ataupun ekerajaan
dan kita menaruh harapan kepada rang undang-undang ini dan mungkin akta-akta yang
lain supaya dapat menggalakkan dan memajukan pembangunan e-dagang dan juga e-kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sebarang bentuk rang undang-undang perdagangan
elektronik mestilah ditujukan untuk membina satu asas yang adil dan sempurna untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara atau pasaran yang compatible dengan perdagangan
elektronik. Rang undang-undang ini juga mestilah dapat memberi keyakinan kepada mereka
yang terlibat dalam perdagangan elektronik sama ada ia diurusniagakan di dalam negara atau di
luar negara demi melindungi keselamatan penggunaan kad kredit orang ramai dan keselamatan
maklumat-maklumat peribadi dan komersial yang bersifat rahsia di samping memberi keselesaan
kepada orang ramai yang menjalankan urus niaga elektronik yang betul-betul one click away,
dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, perlindungan hak para pengguna dan pedagang adalah paling
penting dalam sesuatu rang undang-undang yang berkaitan dengan perdagangan elektronik.
Biar pun begitu rang undang-undang yang kita ada pada hari ini tidak lebih daripada senaskhah
risalah yang menerangkan beberapa terminologi yang biasa kita dengar dalam dunia
perdagangan elektronik dengan memberi takrifan terhadapnya tanpa sebarang substance
bermakna yang penting terhadap pembangunan perdagangan elektronik di Malaysia.
Saya tidak menolak kepentingannya untuk memberi takrifan yang jelas dan jitu terhadap
terminologi-terminologi ini. Tetapi isi kandungan utamanya tidak harus difokuskan kepada
terminologi sahaja. Pemberian takrifan kepada terminologi tidak akan membawa manfaat
kepada kualiti terhadap pengawal aturan yang amat diperlukan untuk pembangunan
perdagangan elektronik di Malaysia. Perlindungan hak para pengguna dan pedagang serta
peranan kerajaan dan tindakan hukuman ke atas mereka yang didapati bersalah langsung tidak
disebut dalam rang undang-undang ini.
Malahan lagi, Tuan Yang di-Pertua, persoalan sama ada maklumat-maklumat individu itu
mendapat perlindungan di bawah rang undang-undang ini juga merupakan tanda soal yang besar
kerana jikalau kita meneliti rang undang-undang ini, kita langsung tidak dapat mencari manamana
peruntukan yang berkaitan dengan perlindungan maklumat-maklumat individu yang
sebenarnya merupakan satu aspek yang cukup integer dalam dunia siber.
DR 06.07.2006
88
Saya rasa Yang Berhormat bagi Bera pun memberi hujah yang panjang lebar terhadap
kekurangan ini. Mana-mana rang undang-undang yang menyentuh perdagangan elektronik
perlulah mengandungi bahagian-bahagian berikut:
􀂃 Bahagian Pertama. Mengenai pembekal perkhidmatan cryptography
(cryptography service providers) yang mencadangkan satu skim
pelesenan sukarela untuk menawarkan perkhidmatan dan bantuan untuk
membangunkan pembangunan e-dagang. Misalnya tandatangantandatangan
elektronik dan transmisi data yang selamat. Ini adalah
perlu kerana ia dapat melibatkan sektor swasta untuk menceriakan
industri ini.
􀂃 Bahagian Kedua, adalah mengenai kelicinan perjalanan perdagangan
elektronik ataupun dengan izin, facilitation of e-commerce yang
bertujuan untuk memastikan pengiktirafan dari segi undang-undang
terhadap semua tandatangan elektronik supaya ia dapat diterima dalam
mahkamah.
􀂃 Bahagian Ketiga, siasatan terhadap data elektronik terlindung
(investigation of protected electronic data) yang merupakan bahagian
yang paling kontroversial. Rundingan awam sebenarnya perlu dijalankan
supaya siasatan yang dijalankan terhadap data elektronik peribadi tidak
akan disalahgunakan oleh pihak penyiasat berkuasa.
􀂃 Bahagian-bahagian Tambahan (supplementary parts) yang melibatkan
pengawal aturan pengusaha-pengusaha telekomunikasi termasuk
pelesenan kepada mereka untuk memastikan e-dagang berjalan dengan
lancarnya.
Selaras dengan perkembangan pesat bidang IT, bidang e-dagang ini juga turut
berkembang pada tahap yang jauh di luar jangkaan kita. Kalau dahulunya kita menjalankan urus
niaga perdagangan elektronik melalui jaringan internet secara dial-up sekarang kita telah memilih
laluan broadband wireless internet untuk bukan sahaja berkomunikasi tetapi turut dalam urusan
perniagaan dan transaksi perbankan kita.
Baru-baru ini kita dengar berita di R&R PLUS - Utara Selatan pun ada khidmat wireless
ini yang saya rasa sangat dialu-alukan sebab kita pun selalu singgah di R&R untuk rehat dan
kemungkinan dengan kemudahan wireless ini lebih ramailah kita boleh dapat mengakses kepada
internet untuk urusan-urusan yang sesuai. Ini barangkali sebabnya Parlimen kita dilengkapi
dengan laluan broadband wireless internet.
Walaupun begitu kita harus sedar bahawa dengan kelahiran telefon bimbit third
generation atau 3G, e-dagang dijangka dapat berkembang dengan lebih pesat lagi. Telefon
bimbit 3G membenarkan penggunanya untuk mengakses internet dengan kelajuan yang sama
DR 06.07.2006
89
dengan broadband. Dengan perbekalan pengetahuan ini, kita sudah pasti merasa kecewa
kerana rang undang-undang ini hanya memberi satu gambaran yang amat kasar dan sama
terhadap pengawal aturan industri e-dagang di negara kita. Rang undang-undang yang sama
dan kasar sebegini bukan sahaja tidak produktif dalam mengawal atur pembangunan e-dagang di
Malaysia, malahan ia sudah pasti akan dipinda dari masa ke semasa supaya ia up-to-date
menjadikannya sebagai salah satu akta yang tidak efektif dan kekang.
Tuan Yang di-Pertua, contohnya, saya ingin bertanya adakah kerajaan bersedia untuk
mewujudkan pelesenan baru untuk mengadakan satu spektrum radio baru demi membenarkan
perkhidmatan broadband wireless di seluruh negara. Adakah pihak Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mendapat nasihat perunding daripada Kementerian
Tenaga Air dan Komunikasi ataupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam
perkara ini. Di samping itu, penggunaan kad kredit yang sering kali diklon oleh sindiket-sindiket
kad kredit juga merupakan satu masalah yang perlu ditangani oleh kementerian. Saya melihat ia
sebagai satu isu yang perlu diberi perhatian khas dalam Rang Undang-undang ini. Kalau
mengikut definisi yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini, penggunaan kad kredit juga
merupakan satu bentuk e-dagang. Walaupun penggunaan kad kredit sudah lama bertapak di
Malaysia, tetapi masalah klon credit card masih berlaku khususnya kad kredit warga asing luar
negara yang kebanyakannya tidak dilengkapi dengan chip keselamatan.
Apakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah
mendapat nasihat perunding daripada Kementerian Kewangan atau Bank Negara? Rang
Undang-undang ini sebenarnya merupakan satu platform yang amat penting untuk memastikan
keselamatan transaksi-transaksi kad kredit yang dijalankan di Malaysia. Malangnya, aspek yang
begitu penting ini, telah dilalaikan atau dikeluarkan dalam rang undang-undang ini.
Fasal 25 dalam rang undang-undang ini iaitu peraturan-peraturan yang menyatakan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kuat
kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini.
Fasal ini merupakan fasal yang paling samar dan pada pendapat saya ianya memerlukan
satu pindaan secara besar-besaran supaya masalah-masalah yang saya timbulkan di atas dapat
diberi penjelasan dan takrifan yang jelas. Saya berharap Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat
Menteri dapat memberi penjelasan terhadap soalan-soalan yang saya timbulkan di atas. Sekian,
terima kasih.