PARLIAMENT: On MAS, AirAsia and SIA
Speech on Wednesday 12 July 2006
3.17 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya
diberi kesempatan ini untuk turut mengambil bahagian di dalam membahaskan Rang Undangundang
Kepentingan Antarabangsa Mengenai Kelengkapan Bergerak (Pesawat Udara) 2006.
Pada dasarnya dengan mengikuti hujah-hujah yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan
Menteri nampaknya semua adalah baik dengan Malaysia menjadi seorang anggota dan
memateraikan Konvensyen Cape Town dan Protokol Pesawat Udara tetapi hujah-hujah dari
Yang Berhormat bagi Jasin dan Yang Berhormat bagi Kinabatangan memang berasas dan perlu
diberi perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap Fasal 7(2) iaitu
mengikut fasal ataupun subseksyen 2 ini,
“setakat yang apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan
Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang
berhubung dengan perkara yang tertakluk kepada Konvensyen Cape Town dan
Protokol Pesawat Udara, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai dan peruntukan
yang bercanggah atau yang tidak selaras dengan mana-mana undang-undang
bertulis lain itu hendaklah, setakat yang percanggahan atau ketidakselarasan itu,
disifatkan digantikan”. (more…)


