PARLIAMENT: On MAS, AirAsia and SIA
Speech on Wednesday 12 July 2006
3.17 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya
diberi kesempatan ini untuk turut mengambil bahagian di dalam membahaskan Rang Undangundang
Kepentingan Antarabangsa Mengenai Kelengkapan Bergerak (Pesawat Udara) 2006.
Pada dasarnya dengan mengikuti hujah-hujah yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan
Menteri nampaknya semua adalah baik dengan Malaysia menjadi seorang anggota dan
memateraikan Konvensyen Cape Town dan Protokol Pesawat Udara tetapi hujah-hujah dari
Yang Berhormat bagi Jasin dan Yang Berhormat bagi Kinabatangan memang berasas dan perlu
diberi perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap Fasal 7(2) iaitu
mengikut fasal ataupun subseksyen 2 ini,
“setakat yang apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan
Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang
berhubung dengan perkara yang tertakluk kepada Konvensyen Cape Town dan
Protokol Pesawat Udara, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai dan peruntukan
yang bercanggah atau yang tidak selaras dengan mana-mana undang-undang
bertulis lain itu hendaklah, setakat yang percanggahan atau ketidakselarasan itu,
disifatkan digantikan”.
Nampaknya ini satu perkara yang perlu diberi perhatian walaupun dalam era globalisasi
pada waktu ini Malaysia terpaksa untuk menyertai konvensyen-konvensyen dan protokol-protokol
antarabangsa khususnya yang dianjurkan oleh United Nation, WTO, GATT dan sebagainya,
seperti mana dalam Bill yang lepas mengenai FTA dan sebagainya.
Melalui penyertaan Malaysia dalam konvensyen dan protokol ini, walaupun kita akan
menerima faedah pada prinsipnya. Tetapi ini juga bermakna bahawa kita sudah hilang sedikit
sebanyak hak sovereignty negara ini dalam menentukan dasar-dasar negara sendiri. Sebab kita
perlu akur dengan peraturan, garis panduan dan sebagainya sebaik sahaja negara Malaysia
menjadi negara yang tandatangani apa-apa konvensyen dan protokol di hadapan kita. Jadi
nampaknya dalam Fasal 72 ini dengan jelasnya berkata bahawa “sekiranya berlaku apa-apa
percanggahan, protokol dan konvensyen ini, peruntukan-peruntukan dalam jadual satu dan dua
ini akan supersede ataupun apa-apa undang-undang yang sudah sedia ada yang bercanggah
dengan protokol ini akan dianggap tidak laku”. Ini bermakna bahawa apa undang-undang yang
dibuat oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini pun perlulah nampaknya diberi tempat yang
kedua apabila wujudnya sebarang percanggahan dengan protokol dan konvensyen yang kita
menjadi seorang anggota.
DR.12.7.2006 67
Jadi ini menjadi amat mustahak bagi kerajaan untuk berwaspada apabila negara kita
meratifikasikan apa-apa konvensyen dan protokol yang dianjurkan oleh badan-badan
antarabangsa. Walaupun pelbagai alasan akan diberikan bahawa kita akan menerima manfaat
apabila kita memanterai dan menjadi seorang anggota, akan menjaga kepentingan negara kita.
Tetapi saya rasa kita bimbang bahawa ini cuma pada dasarnya. Sebaliknya mempunyai banyak
alasan lain yang memihak kepada kepentingan negara-negara yang maju sebab mereka
mempunyai kelebihan dalam pelbagai segi mahu pun dalam teknologi, mahu pun dari segi
kewangan dan kepakaran dan sebagainya. Saya rasa apa juga konvensyen dan protokol yang
digubal semestinya sudah pun dilobi oleh negara-negara maju. Dalam kes ini, kepentingan
antarabangsa mengenai kelengkapan bergerak misalnya Kanada memainkan peranan yang
amat besar untuk melobi perkara ini menjadi satu konvensyen dan protokol. Memang menjadi
hasrat mereka menjaga kepentingan mereka juga.
Jadi kita janganlah menganggap bahawa sebaik sahaja on the phase value, kita terima
bahawa apabila kita menjadi anggota kepada konvensyen dan protokol kita akan mendapat
manfaat. Tetapi kita kenalah seimbangkan apa yang kita hilang dan apa yang kita akan untung
sebelum kita meratifikasikan apa-apa konvensyen. Jadi saya rasa Tuan Yang di-Pertua, dalam
perkara ini Parlimen sebagai Dewan perundangan yang tertinggi dalam negara ini, jarang-jarang
dikonsultasikan, saya rasa tak pernah dikonsultasikan. Kementerian-Kementerian yang
bertanggungjawab akan menghantar pegawai-pegawai untuk menghadiri mesyuarat
antarabangsa dan apabila dilobi diberitahu sedikit sebanyak kebaikan yang mungkin kita akan
terima sebagai negara yang memanterai tetapi cuma bergantung kepada beberapa orang
pegawai sahaja tidak memadai.
Sebab ini melibatkan kepentingan negara pada keseluruhannya. Bukan saya ingin
menuduh bahawa pegawai tidak layak atau tidak berpengalaman. Tetapi Dewan Rakyat sebagai
badan perundangan yang tertinggi, yang mewakili rakyat haruslah memainkan peranan untuk
dirundingkan, untuk diberikan peluang untuk Ahli-ahli yang mewakili rakyat menimbang, merujuk
kepada apa-apa konvensyen yang kita bakal menandatangani. Tetapi nampaknya amalan yang
kita lihat pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, selalunya Dewan Rakyat diminta untuk meluluskan
Akta-akta selepas pihak kerajaan sudah pun mengambil langkah-langkah awalan termasuk
langkah untuk memanteraikan janji-janji antarabangsa, barulah Kementerian dan kerajaan
membawa perkara ini kepada Dewan Rakyat untuk mendapat persetujuan.
Saya rasa ini sudah lambat, apa boleh kita buat kalaulah kita nak tolak pun tak dapat kita
buat demikian. Tetapi pihak kerajaan sudah pun membuat perjanjian dengan pertubuhanpertubuhan
antarabangsa untuk menjadi signatory kepada konvensyen ini. Jadi saya berharap
amalan ini haruslah dikaji semula sebab setiap tahun saya rasa Dewan Rakyat diperlukan untuk
meluluskan beberapa Rang Undang-undang sebagai tindakan susulan terhadap apa yang
dilakukan oleh pihak kerajaan di peringkat antarabangsa.
DR.12.7.2006 68
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Fasal 72 di mana sekiranya berlaku
percanggahan dan ketidakselarasan, maka protokol ini akan diberi tempat yang utama. Jadi
saya ingin tahu selain daripada dikatakan Akta Undang-undang Sivil subseksyen 43 yang tidak
terpakai kerana mungkin ada percanggahan dengan protokol ini. Saya ingin tahu selain daripada
itu ada apa-apa peruntukan di dalam undang-undang yang sedia ada di negara ini, kemungkinan
ada wujudnya satu keadaan yang bercanggah dengan protokol ini apabila dikuatkuasakan.
Misalnya dari segi Akta Bankrap Insolvency, atur cara untuk winding up dan restructuring
syarikat-syarikat tertentu. Dan mungkin dalam Akta Sivil Aviation, ada apa-apa peruntukan yang
kemungkinan bercanggah dengan kehendak konvensyen dan protokol pesawat udara ini.
Sekiranya ada apakah kerajaan tidak ambil langkah untuk membetulkan percanggahan ini
daripada berlaku. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri juga memberi beberapa penjelasan
dengan memberi keyakinan kepada kita bahawa protokol ini akan memberi banyak manfaat
kepada negara ini. Saya ingin tahu sejauh mana ia akan membantu pembuat air craft di negara
ini? Walaupun industri ini masih dalam peringkat infancy tetapi saya rasa dengan lulusnya
protokol ini dan akta ini, saya haraplah bukan saja MAS atau Air Asia akan dapat manfaat
daripada Asset. Financing yang lebih mudah dan murah. Tetapi lulusan Rang Undang-undang
ini akan juga memberi manfaat kepada sektor pembuat pesawat ataupun ………….. di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Timbalan Menteri juga menyebut bahawa dengan ada akta ini
juga dapatlah menyokong Asset Base Financing dengan menambahkan kemasukan capitalcapital
kepada sektor yang terbabit dalam aviation industry ini yang menawarkan kemungkinan
lower cost of loan dan sebagainya. Ini memanglah satu perkara yang kita harap akan membawa
kesan yang baik kepada MAS dan juga Air Asia yang saya rasa milikan kapal terbang-kapal
terbang dan pengurusan aset ini menjadi satu perkara yang amat penting untuk menentukan
sama ada syarikat sesebuah syarikat penerbangan itu akan untung atau rugi. Tadi Yang
Berhormat Jasin menyoal bagaimana SIA dengan harga pesawat mungkin, dengan harga minyak
yang sama, mengapa dapat keuntungan. Sedangkan MAS pula mengalami kerugian.
Saya rasa memang ada penjelasannya dan saya harap Timbalan Menteri pun dapatlah
memberi sedikit penjelasan mengapa ini boleh berlaku. Saya berharaplah dengan Malaysia
menjadi seorang anggota dalam konvensyen dan protokol ini dan seperti mana yang
diperjelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada bank-bank antarabangsa yang
lebih berminat untuk menawarkan pinjaman-pinjaman kepada industri penerbangan di Malaysia.
Saya berharaplah jangan setakat syarikat-syarikat penerbangan yang akan mendapat
manfaat dengan lulusnya rang undang-undang ini tetapi segala penjimatan yang mungkin
diterjemahkan kepada keuntungan akan dapat membawa manfaat kepada para pelanggan,
customers, yang juga memperlihatkan peningkatan perkhidmatan dan juga mengurangkan kos
pengendalian syarikat-syarikat penerbangan. Saya berharap dengan adanya kemudahan asset
financing ini mungkin syarikat penerbangan kita bolehlah fikir tentang menggunakan facilities
DR.12.7.2006 69
asset financing ini untuk membeli aircraft yang lebih moden yang menjadikan pengangkutan
udara ini lebih selamat dan juga lebih environmentally friendly.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]
Saya faham bahawa dengan lulusnya rang undang-undang ini, ia akan seperti apa yang
saya katakan tadi memang faedahnya difikirkan terlebih dahulu kepada negara-negara maju
yang ingin mengawal sektor financing yang dengan lulusnya rang undang-undang ini ataupun
protokol ini, ia akan meminimumkan risiko mereka yang perlu mereka hadapi. Itu pun menjadi
satu manfaat kepada pihak yang lain. Jangan kata manfaat kepada negara kita sahaja sebab
mereka ingin memperlihatkan satu suasana yang lebih stabil apabila mereka mengambil risiko
untuk memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk acquire kapal terbangkapal
terbang yang baru. Jadi ini pun kita perlulah memahami apakah hasrat mereka untuk
memperlihatkan kelulusan konvensyen ini.
Akhirnya saya ingin merujuk kepada masalah di negara kita, Yang Berhormat bagi Jasin
dan Yang Berhormat bagi Kinabatangan pun ada hujah berhubung dengan pertandingan di
antara MAS dan AirAsia, saya rasa dalam zaman ini kita terperangkap dengan kecintaan kita
kepada negara dan dasar-dasar untuk menjayakan sesuatu industri. Tetapi dalam suasana yang
lain, dalam era globalisasi di mana costing adalah penting, urus tadbir adalah penting dan
sebagainya, kita perlulah membuat satu keseimbangan untuk menjayakan syarikat-syarikat
tempatan. Cuma dengan semangat nasionalistik adalah tidak mencukupi untuk memastikan
syarikat-syarikat milikan negara akan berjaya.
Saya ingin kementerian menjelaskan, nampaknya AirAsia pun sangat agresif untuk
acquire kapal terbang-kapal terbang yang baru, misalnya Airbus A320. AirAsia dikatakan hendak
membeli 100 buah Airbus A320 ini. Jadi saya ingin tahu bagaimana mereka ingin finance usaha
untuk menambah fleet mereka ini. Juga dalam rancangan rationalization yang diambil oleh MAS,
apakah hubungan holding company MAS dari segi membeli kapal terbang yang baru dan juga
selepas itu lease kepada MAS, apakah arrangement ataupun atur cara ini akan menguntungkan
ataupun menjayakan rancangan rationalization yang diambil oleh PAS, oleh MAS, bukan PAS ya.
[Ketawa]
Saya ingin tahu, Tuan Yang di-Pertua…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: PAS tidak tahu pandai
berniaga ke tidak, Yang Berhormat.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Boleh jugalah. Syarikat-syarikat di Kelantan pun
berdaya maju. Mungkin ada “AirKelantan” pulalah. Tidak apalah, kita cadangkan “AirKelantan”
untuk liberalizekan sektor penerbangan di negara ini. Saya ingin tahu dari timbalan menteri,
dalam MAS dan juga AirAsia, apakah average age of the fleet? Kita faham bahawa AirAsia
DR.12.7.2006 70
sebuah syarikat yang baru beberapa tahun sahaja kemungkinan mereka akan membeli
secondhand plane dan sebagainya sebab average age dalam fleet MAS dan AirAsia akan
menentukan dari segi kos dan keuntungan syarikat-syarikat itu.
Saya rasa kalau average age of the fleet di MAS kalau kurang dari average industry, ia
akan menjimatkan dari segi mileage. Kalau sebuah kapal terbang yang lebih baru berbanding
dengan sebuah pesawat yang sudah dipakai selama 10 atau 12 tahun, sebuah pesawat yang
baru boleh menjimatkan sehingga 20% minyak yang digunakan dalam satu-satu penerbangan.
Misalnya dalam kes SIA, tadi Yang Berhormat bagi Jasin tanya mengapa SIA boleh
untung. Dalam kes SIA, mereka menggunakan average age dalam fleet SIA, 5 tahun sahaja
berbanding dengan industri average 13 tahun. Oleh sebab itu mereka memakai kapal terbang
yang lebih baru. Misalnya dalam satu penerbangan dari Hong Kong ke Singapura dalam flight
SIA. Dalam kos minyak sahaja mereka dapat menjimatkan sehingga 250,000 Singapore Dollar
dalam satu flight. Itulah sebab mengapa kalaulah sebuah pesawat yang lebih baru… [Disampuk]
Kereta pun sama. Kalau kereta yang baru mungkinlah jimat dari segi penggunaan minyak.
Kapal terbang pun sama juga.
Kalau average age of the fleet terbaru, ini pun bermakna kita boleh berjimat dari segi
maintenance. Kalau pesawat yang sudah tua memakan kos maintenance yang lebih tinggi.
[Disampuk] Macam orang, saya tidak setujulah. [Ketawa] Dari segi asset management, saya
rasa SIA memberi satu contoh yang baik bagaimana mereka menguruskan aset iaitu fleet
mereka. Misalnya satu contoh lagi, SIA cuma menggunakan dua jenis pesawat iaitu Boeing 747
dan Boeing 777 melainkan ada Airbus dari Singapore ke New York, itu pun tidak banyak.
Pada hari ini SIA mempunyai fleet yang terbesar dalam dunia, dalam Boeing 777. Ini
pun bersangkut paut dengan kos dan profit sebab mereka cuma menggunakan dua jenis
pesawat dari segi training kakitangan untuk menjalankan maintenance. Mereka cuma menumpu
perhatian kepada dua jenis kapal terbang ini sahaja. Kalau sebuah syarikat menggunakan 10
atau 20 jenis pesawat dari segi training, maintenance, spare parts dan sebagainya, Ini pun
meningkatkan kos yang terbabit dalam pemulihan dan pemuliharaan pesawat itu. Lagipun…
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi
Pendang.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tanjong
kerana memberi laluan. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Tanjong
berhubung dengan banyak jenis kapal terbang yang digunakan. Kalau kita menggunakan
analogi ini terhadap pesawat-pesawat pertahanan kita, apakah pandangan Yang Berhormat bagi
Tanjong bahawasanya kita menghadapi banyak kemalangan udara disebabkan oleh bermacammacam
jenis pesawat yang kita gunakan untuk pertahanan negara dan ini memerlukan
DR.12.7.2006 71
technicians yang dari pelbagai syarikat untuk mengendalikan pesawat tersebut. Apa pandangan
Yang Berhormat?
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya rasa prinsipnya sama juga, tetapi malangnya
Rang Undang-undang ini tidak termasuklah kapal terbang yang digunakan untuk tujuan military
ataupun kargo. Jadi memang prinsip dia bersama. Akhirnya saya rasa kalau walaupun dengan
lulusnya Rang Undang-undang ini yang menyediakan aset financing yang lebih mudah, yang
lebih banyak bank antarabangsa ingin memberi pinjaman, tetapi SIA dalam perkara ini
mengamalkan, membayar tunai untuk pesawat mereka, membayar tunai memanglah memberi
kuasa untuk negotiate dengan supplier mereka untuk mendapat harga yang terbaik sekali dan
juga supplier seperti Boeing dan air bus juga saling bersaing untuk mendapat satu klien yang
begitu prestigious iaitu SIA. Inilah perkara-perkara yang kita harus dan memberi perhatian.
Satu lagi iaitu mengapa SIA boleh untung dalam mereka amalkan hedging program yang
boleh menjimatkan sehingga 30% dalam kos minyak SIA. Saya rasa Encik Idris Jala pun apabila
dia setuju untuk menjadi CEO dalam MAS, beliau berlatarbelakangkan Shell dan dia kata dia
akan mengambil langkah hedging ini sebagai satu langkah untuk menjimatkan kos minyak SIA
yang kalau boleh jimat 30%, ini dalam translate dalam dollar and cent, memanglah satu jumlah
yang amat besar.
Dengan ini saya berharap walaupun dengan konvensyen ini, ini tidak bermakna bahawa
ia akan membawa manfaat secara automatik kepada sektor penerbangan dan efisien industri
dalam negara ini. Kita haruslah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat bagi Jasin, Yang Berhormat bagi Kinabatangan dan beberapa perkara
yang saya bangkitkan, sekian terima kasih.



YB, it would be most helpful if your parliamentary postings could also be done in English besides the orginal version in BM. It will definitely help to foster better understanding on your contributions in the august house.
Comment by Billy — Sunday, 16-07-2006 @ 16: 01.36