PARLIAMENT: Nazri gives views on Article 11
Nazri: A-G finalising study on civil-syariah courts’ overlapping of power
B. Suresh Ram and Pauline Puah
KUALA LUMPUR: The Attorney-General (A-G)’s Chambers is finalising its study on the overlapping of power between the civil and syariah courts over the issue of non-Muslims converting to Islam.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz said the study covers matters like annulment of marriage, resolution of obligation and liability after conversion as well as registration of change of religion.
Replying to a question from Chow Kon Yeow (DAP-Tanjung), Nazri said the A-G is also looking into the rights of religious conversion, custody of minors, and financial allowance for the wife and children who have not converted.
Touching on Article 11 of the Federal Constitution, Nazri reiterated that the federal government has no intention to amend the said provision.
“Malaysia, as a multi-cultural and multi-religious country, has maintained its unity and harmony by acknowledging the right of a person to practise his religion according to Article 11 of the Federal Constitution,” he said.
Nazri said any religious group, in exercising its right to practice, should ensure it does not go against public laws in relation to public order, public health or moral principles.
“This is stated clearly in Schedule (5), Article 11 of the Federal Constitution which is aimed at inculcating understanding, tolerance and harmonious relation among the citizens of this country,” he said.
To a supplementary question from Chow on whether the government condones the acts of the Anti-Interfaith coalition, known by its acronym Badai, in disrupting a peaceful meeting of the Article 11 Forum in Penang recently, Nazri said Badai was a front of PAS and described its disruptive action as stupid (bodoh).
Nazri said police should permit groups who want to discuss issues rationally and within the law, and not bow to those who seek to prevent others from freely discussing in a peaceful manner.
To a supplementary question from Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat), Nazri criticised the PAS secretary-general for relating Badai’s actions to that of the pro-tem group called Lawyers for Islam (BPI).
“If BPI was formed to state the worries of Muslims, I welcome it. If the right is given to the non-Muslims on Article 11, they (BPI) are also worried about their (Muslims) position,” he said.
Read the Hansard for full details:
6. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan
telah menyiapkan kajian mengenai bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah dan apakah
langkah yang akan diambil untuk memantapkan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan dalam
usaha memupuk persefahaman dan perhubungan harmoni rakyat jelata.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:
Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Peguam Negara sedang dalam peringkat akhir untuk
memuktamadkan kajian mengenai beberapa isu pertindihan kuasa yang timbul antara mahkamah
sivil dan Mahkamah Syariah berhubung dengan kesan penukaran agama oleh orang bukan Islam
kepada agama Islam iaitu seperti pembubaran perkahwinan, penyelesaian obligasi dan liabiliti
oleh pasangan yang memeluk agama Islam sebelum pendaftaran penukaran agama dibenarkan
hak untuk menentukan agama dan hak jagaan anak-anak yang belum dewasa, nafkah kepada
DR.17.7.2006 14
isteri dan anak dan pewarisan. Selepas kajian tersebut dimuktamadkan, perkara ini akan
dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan kerajaan.
Mengenai Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan tidak
berhasrat untuk meminda peruntukan tersebut. Malaysia sebagai satu negara yang berbilang
kaum dan agama telah berjaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian dengan mengiktiraf
hak seseorang untuk menganuti dan mengamalkan agamanya menurut Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, mana-mana kumpulan agama dalam
menguruskan hal ehwal agamanya hendaklah memastikan bahawa ia tidak berlawanan dengan
mana-mana undang-undang am yang berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam
atau prinsip moral.
Ia diperuntukkan secara jelas dalam Fasal (5) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan
yang bertujuan untuk memupuk persefahaman, toleransi dan perhubungan harmoni di kalangan
rakyat negara ini. Kerajaan akan sentiasa mengkaji dari semasa ke semasa apa-apa undangundang,
tindakan, pentadbiran dan dasar bagi memastikan kebebasan beragama dapat
diamalkan secara aman, bertoleransi dan saling hormat-menghormati kepercayaan dan agama
semua kaum di Malaysia. Oleh kerana itu, Yang Berhormat bagi Tanjong jangan dok percaya
Yang Berhormat bagi Rantau Panjang itu sebab parti dia esok Ketua Pemuda Yang Berhormat
bagi Kubang Kerian bentang Usul menentang Artikel 11 ini. Terima kasih.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan
tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi jaminan untuk
memantapkan Perkara 11. Sedarkan Yang Berhormat bahawa usaha-usaha seperti ini oleh satu
gabungan NGO yang digelar Article 11 untuk memupuk persefahaman dan menjalin hubungan
harmoni di antara rakyat dengan mengadakan forum-forum untuk menjelaskan kedudukan
peruntukan perlembagaan dihalang oleh satu kumpulan yang dinamakan ‘Badai’ khususnya pada
14 Mei di negeri Pulau Pinang oleh sebab tunjuk perasaan mereka telah menggagalkan forum itu
dan Yang Berhormat sendiri menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan bodoh. Jadi walaupun
Yang Berhormat kata bodoh tetapi mereka sudah berjaya mengugut hotel-hotel di negeri Pulau
Pinang supaya jangan menyewakan bilik persidangan kepada kumpulan ini untuk mengadakan
satu lagi forum di mana Yang Berhormat Kota Bharu dinafikan hak beliau untuk memberi
pandangan mereka.
Jadi apakah menteri akan memastikan inisiatif dari NGO, dari akar umbi untuk memupuk
persefahaman antara agama ini dapat dijamin dan segala bantuan diberikan oleh kerajaan untuk
menjayakan forum-forum seperti di Johor Bahru 22 Julai janganlah digagalkan sekali lagi oleh
kumpulan-kumpulan yang mempunyai matlamat tertentu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, . ‘BADAI’ ini PAS lah
sebab ketuanya itu hari ini yang dok marah saya PAS lah dan saya hendak kata memang
tindakan ini tindakan bodoh. Tetap bodoh. Pada saya, kita mengamalkan kebebasan untuk kita
DR.17.7.2006 15
berpersatuan dan kebebasan untuk menyuarakan hak kita dan pada saya Artikel 11 ini kalau dia
membuat satu perjumpaan yang tertutup dan membuat satu perkara yang tidak berlawanan
dengan perlembagaan dan undang-undang kita, saya rasa mereka tidak sepatutnya dihalang
daripada mengadakan majlis yang dikehendaki oleh mereka. Cuma orang bodoh sahaja yang
tidak sanggup hendak berhujah, dia sahaja yang sanggup buat benda-benda yang macam mana
dilakukan oleh PAS menerusi ‘Badai’ ini. Oleh sebab itu pada saya selagi….
Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: [Menyampuk]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Memang PAS lah. Hendak bawa esok pun
Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Tapi Rantau Panjang ini penakut. Dengan saya tidak
berani hendak bahas. Dia duduk bising macam itu sahaja. Itu perangai PAS saya hendak
beritahu. Jadi pada saya selagi mana-mana pertubuhan NGO yang tidak melanggar mana-mana
undang-undang dan meminta kebenaran untuk mengadakan satu perjumpaan yang legal yang
tidak menyalahi mana-mana undang-undang, saya harap supaya pihak polis akan memberikan
pertimbangan untuk memberikan permit kepada mereka dan tidak tunduk kepada sikap binatang
yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba untuk menghalang orang untuk bebas
berbincang secara adil dan aman. Terima kasih.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup
kecewa dengan ulasan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri itu. Baru-baru ini, satu
kumpulan peguam telah menubuhkan satu persatuan atau gerakan yang menamakan diri mereka
Peguam Pembela Islam (PPI). Soalan saya ringkas sahaja, adakah Yang Berhormat Menteri
mengalu-alukan penubuhan PPI ini dan adakah Yang Berhormat Menteri menganggap bahawa
PPI ini yang dipimpin oleh bukan orang-orang PAS tapi peguam-peguam kanan termasuk Zaiton
Osman dan lain-lain. Adakah Yang Berhormat Menteri menganggap bahawa ini adalah petanda
bahawa komuniti peguam merasa amat bimbang dalam keputusan-keputusan kerajaan yang
dilakukan dari sudut undang-undang berkaitan dengan pelaksanaan Islam dalam negara kita.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hairan dia
kecewa. Dia Setiausaha PAS, sudah tentu dia kecewa, takkan dia gembira dengan kenyataan
saya, betul tidak.
[Ketawa]
Tidak payahlah hendak bagi tau kecewa, saya hendak sebut di sini iaitu bahawa yang
saya kata ‘BADAI’. ‘BADAI’ ini cuba menghalangkan satu perjumpaan yang aman damai dan
mendapat permit daripada polis. Apa kena mengena BADAI dengan PPI ini pula? PPI ini kalau
dibentuk untuk menyatakan perasaan bimbang orang Islam, memang saya mengalu-alukan.
Kalau saya bagi hak kepada yang bukan Islam, Artikel 11 ini pun, dia bimbang juga dengan
kedudukan dia. Jadi kita kena bagi kebebasan kepada semua pihak untuk mewujudkan apa juga
persatuan untuk mengutarakan pandangan dia. Saya tidak pernah marah kepada PPI, buatlah
hendak buat pun. Yang saya marah BADAI, PAS itu, dok kacau orang punya boleh buat
DR.17.7.2006 16
perjumpaan, dok kacau, yang ini yang saya marah. Jadi, jangan cuba hendak confuse kan fakta,
saya mengalu-alukan mana-mana pihak untuk berpersatuan bagi menyuarakan pandangan
mereka.
Copyright© 2006 Sun Media Corporation Sdn. Bhd. All rights reserved.


