Congratulation to the Barisan Nasional government for your success in advancing the Malay Agenda.

The Malay/Bumiputera equity in the Malaysian Stock Exchange is now 36.6 percent or RM78.4 billion in term of value.

The Deputy Finance Minister Awang Adek Hussin said today that based on information submitted to the Stock Exchange, there are now 41 percent of listed companies with at least 30 percent or more Bumi equity.

But in this instance Umno leaders are not willing to accept the accolades for the success of the New Economic Policy, the NEP.

For their own political interests, Umno leaders are still chasing after the now- attained 30 percent Bumi equity. What they wanted is a Never Ending Policy.

The Economic Planning Unit is now beholden to fulfill Umno’s political aspirations to advance the Malay Agenda which is the cornerstone of Abdullah Ahmad Badawi’s National Mission the next 15 years.

What is worrying now is EPU will introduce programmes and activities which may promote the narrow Malay Agenda but is against the larger national interests.

With the NEP objectives now achieved, the EPU should now focus its attention on real wealth distribution to overcome the problem of income disparity especially the intra-ethnic disparity.12.49 tgh.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Unit Perancang Ekonomi.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional
kerana melalui dasar-dasar memajukan agenda Melayu dan bumiputera telah berjaya mencapai
prestasi yang memenuhi matlamat, iaitu pegangan Melayu dan bumiputera di Bursa Saham telah
mencatat peratusan 36% atau nilainya mencecah RM78.4 bilion.
DR 7.11.2006 51
Timbalan Menteri Kewangan pada pagi ini telah menyatakan mengikut laporan yang
diserahkan kepada Bursa Saham menunjukkan peratusan kepentingan Melayu dan bumiputera di
dalam syarikat-syarikat yang telah tersenarai yang mempunyai ekuiti yang melebihi 30% sudah
mencapai 41%. Tetapi dalam kes ini, Tuan Pengerusi, pihak kerajaan tidak rela menerima ucapan
tahniah atas usahanya mencapai matlamat kaum bumiputera mencapai ekuiti korporat sebanyak
30%. Kerajaan masih menganggap matlamat belum tercapai dan terus mengubah dasar-dasar untuk
mengejar matlamat ini dan mahukan NEP itu menjadi network ending policy.
Jadi, Unit Perancang Ekonomi perlu merancang untuk memenuhi aspirasi politik UMNO
untuk memajukan agenda Melayu yang menjadikan teras Misi Nasional Perdana Menteri. Apa yang
membimbangkan ialah dalam mengejar matlamat agenda Melayu ini, Unit Perancang Ekonomi akan
memperkenalkan rancangan dan aktiviti-aktiviti yang menjejaskan kadar persaingan negara di
samping menjejaskan hak dan kepentingan lain-lain kaum di negara ini. Setelah mencapai kejayaan
ini saya menyeru Unit Perancang Ekonomi untuk memberi perhatian kepada usaha pengagihan
kekayaan di dalam setiap kaum sebab jurang semakin bertambah buruk sehingga menjadikan rakyat
yang miskin menjadi lebih miskin.
Saya juga berharap Unit Perancang Ekonomi juga memberi pertimbangan kepada
kepentingan rakyat dan bukan semata-mata menjaga kepentingan syarikat yang mempunyai
pertalian politik apabila EPU memilih syarikat konsesi untuk melaksanakan projek-projek yang
mempunyai impak yang besar kepada ekonomi kita. Kerajaan telah mengumumkan banyak projek
dan ada yang akan dibiayai melalui PFI. Saya ingin tahu sama ada EPU akan memastikan janji
Perdana Menteri untuk mengadakan sistem tender terbuka dan telus dapat dikotakan. Saya ingin
tahu mengapa projek PFI seperti jambatan kedua negeri Pulau Pinang tidak ditawarkan melalui
tender terbuka tetapi kepada UEM begitu sahaja. Apakah EPU dapat memastikan kontraktorkontraktor
tempatan di negeri Pulau Pinang juga dapat manfaat daripada pelaksanaan projek
jambatan kedua.
Saya juga ingin tahu bilakah EPU akan menandatangani perjanjian konsesi untuk projek
Penang Outer Ring Road dan apakah syarikat konsesi telah dapat menunjukkan kemampuan
kewangan mereka untuk membiayai projek yang bernilai RM1.02 bilion ini. Saya juga berharap,
EPU sebagai satu agensi kerajaan yang amat penting dapat melaksanakan tugasnya atas
pertimbangan apa yang baik untuk negara dan bukan semata-mata mengikut arahan atas
pertimbangan politik.
Butiran 010300 Lembaga Penasihat, sebuah lembaga penasihat didapati di bawah kawalan
Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin tahu apakah fungsi lembaga ini. Baru-baru ini Perdana
Menteri telah dikecam dan dikritik oleh pihak-pihak tertentu termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Antara kritikan ini mendakwa Perdana Menteri tidak mempunyai pengetahuan mendalam dan
expertise dalam menguruskan pentadbiran sebuah kerajaan. Mereka juga mendakwa bahawa
DR 7.11.2006 52
Perdana Menteri cuma menerima nasihat dari ahli-ahli keluarganya termasuk anak dan menantunya,
Khairi Jamaluddin. Oleh itu wujudkan percanggahan kepentingan dalam keputusan yang dibuat
oleh Perdana Menteri.
Siapakah sebenarnya panel penasihat Perdana Menteri? Kita cuma tahu Perdana Menteri
mempunyai seorang penasihat agama. Apakah nasihat yang diberikan kepada Perdana Menteri
sehinggakan pertikaian agama dan isu-isu agama menjadi-jadi di negara ini? Apakah Perdana
Menteri telah melantik penasihat ekonomi atau penasihat sains dan teknologi seperti yang
diamalkan oleh bekas Perdana Menteri yang lepas.
Butiran 250000 - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan Butiran 040000 -
Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang. Di bawah jagaan Perdana Menteri yang datang dari negeri
Pulau Pinang.
Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [Pasir Puteh]: [Bangun]
Dato’ Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh [Kuala Langat]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua lagi Yang Berhormat.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya teruskan. Walaupun begitu menantu Perdana
Menteri telah membidas agensi-agensi dan kerajaan negeri yang menyebabkan Melayu dipinggirkan
di negeri Pulau Pinang, negeri Perdana Menteri sendiri dan bahawa orang-orang Melayu terhimpit di
kawasan Balik Pulau. Ini satu dakwaan yang perlu diberi perhatian mengapa rakyat Melayu merasa
terpinggir di sebuah negeri yang mempunyai Perdana Menteri yang pada masa-masa dahulu
mempunyai dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana
Menteri sendiri sebelum menjadi Perdana Menteri. Ataupun segala usaha selama ini sudah salah
sasarannya ataupun tidak mencapai sasarannya sehingga ada tokoh Melayu Pulau Pinang, tokoh
UMNO duduk dalam banglo bernilai berjuta-juta ringgit di kalangan masyarakat yang masih miskin
dan ada Ketua Bahagian UMNO yang menjerit, “Melayu dipinggirkan” sendiri menjadi pengarah
dalam 56 buah syarikat. Pertikaian Melayu dipinggirkan belum reda, naik pula dakwaan
kaum Cina dipinggirkan secara sistematik oleh kerajaan yang menjadi isu yang hangat dibahaskan…
Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat, cukup.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Akhirnya saya berharap Perdana Menteri dapat
menunjukkan kepimpinannya dalam masa-masa yang mencabar ini di mana setiap rakyat merasa
mereka terpinggir. Sekian, terima kasih.