DR 9.11.2006
51
12.47 tgh.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Butiran 030300 –
Perhubungan Antarabangsa dan Butiran 060300 - Perancangan Dasar.
Tuan Pengerusi, Malaysia mengamalkan prinsip non-interference dalam hal ehwal dalaman
negara-negara asing, tetapi ada kalanya Malaysia membuat pengecualian kepada dasar noninterference
dalam keadaan yang keterlaluan, di mana humanitarian intervention diperlukan.
Misalnya dalam kes Kosovo, kezaliman genocide yang dilakukan oleh Serb terhadap Muslim di
Kosovo telah menyebabkan Malaysia menyokong tindakan tentera NATO.
Tuan Pengerusi, di Darfur, Sudan, lebih ramai orang awam menghadapi risiko berbanding
dengan Kosovo. Krisis di Darfur, Sudan sudah menuntut tindakan yang sama kerana ia sudah
menjadi satu krisis yang bloody, cruel dan genocide. Tetapi setakat ini respons Malaysia hanya
fokus kepada melindung kepentingan ekonomi negara kita di wilayah itu.
Pada tahun 2004, Perdana Menteri kita selaku Pengerusi OIC dan NAM pernah menggesa
Presiden Sudan untuk menyelesaikan krisis Darfur supaya economic sanctions tidak perlu
dikenakan. Menteri Luar Negeri kita juga pernah menyatakan bahawa kita perlu memantau dengan
rapi kerana kita ada syarikat-syarikat petroleum yang beroperasi di Sudan. Kita ingin tahu apakah
implikasinya, bagaimana ia akan membawa kesan kepada ekonomi Sudan. (more…)