DR 9.11.2006
51
12.47 tgh.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Butiran 030300 –
Perhubungan Antarabangsa dan Butiran 060300 - Perancangan Dasar.
Tuan Pengerusi, Malaysia mengamalkan prinsip non-interference dalam hal ehwal dalaman
negara-negara asing, tetapi ada kalanya Malaysia membuat pengecualian kepada dasar noninterference
dalam keadaan yang keterlaluan, di mana humanitarian intervention diperlukan.
Misalnya dalam kes Kosovo, kezaliman genocide yang dilakukan oleh Serb terhadap Muslim di
Kosovo telah menyebabkan Malaysia menyokong tindakan tentera NATO.
Tuan Pengerusi, di Darfur, Sudan, lebih ramai orang awam menghadapi risiko berbanding
dengan Kosovo. Krisis di Darfur, Sudan sudah menuntut tindakan yang sama kerana ia sudah
menjadi satu krisis yang bloody, cruel dan genocide. Tetapi setakat ini respons Malaysia hanya
fokus kepada melindung kepentingan ekonomi negara kita di wilayah itu.
Pada tahun 2004, Perdana Menteri kita selaku Pengerusi OIC dan NAM pernah menggesa
Presiden Sudan untuk menyelesaikan krisis Darfur supaya economic sanctions tidak perlu
dikenakan. Menteri Luar Negeri kita juga pernah menyatakan bahawa kita perlu memantau dengan
rapi kerana kita ada syarikat-syarikat petroleum yang beroperasi di Sudan. Kita ingin tahu apakah
implikasinya, bagaimana ia akan membawa kesan kepada ekonomi Sudan.
Tuan Pengerusi pada tahun 2004, Malaysia juga menandatangani MOU, kerjasama
pertahanan dengan Sudan, dengan pasukan yang melakukan kezaliman ke atas orang awam. Pada
Mei 2006, Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri semasa menjawab pertanyaan daripada
Ketua Pembangkang berkata, bahawa Malaysia menyokong protes Abu Zahar di bawah naungan
African Union, atas pendirian krisis ini perlu diselesaikan oleh Afrika dan bukan Barat.
Tetapi apakah pendirian Malaysia sekarang setelah majoriti negara African Union mahu PBB
untuk mengambil alih peranan proses pendamaian.
Apakah Malaysia tidak anggap campur tangan PBB di Darfur akan menjaga kepentingan
strategik Malaysia. Malaysia telah melabur USD1 bilion di Sudan melalui Petronas dan oleh itu
Malaysia membangkang implikasi economic sanction terhadap Sudan. Bukankah kestabilan di
Sudan akan melindung kepentingan ekonomi Malaysia? Tambahan pula kepentingan ekonomi
Malaysia mungkin dijejaskan sekiranya Sudan terus membantah intrusion PBB kerana economic
sanction akan menjadi satu option yang seterusnya. Sebagai pengerusi kepada NAM sehingga
September tahun ini dan OIC dan juga menjadi pelabur yang penting di Sudan, saya rasa Malaysia
mempunyai kelebihan untuk mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas Sudan untuk
menerima pasukan PBB di Darfur.
Mesyuarat Menteri Luar OIC pada Jun tahun ini telah menegaskan sokongan kepada Sudan
dan ini telah menjejaskan respons komuniti antarabangsa kepada krisis di Darfur. Malaysia harus
DR 9.11.2006
52
menarik balik sokongan ini dan menggalakkan lain-lain negara OIC untuk buat sedemikian. Sudan
mengambil pendirian membantah deployment pasukan PBB di Dafur kerana takut pasukan-pasukan
negara Barat akan masuk ke wilayah itu.
Apa kata jika negara-negara OIC dapat menyumbang kepada deployment PBB ini seperti
mana berlaku pada Palestin, Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan lain-lain negara OIC juga
menyuarakan kesetiaan mereka menganggotai deployment ini. Sudan juga menjadi satu anggota
OIC dan saya nampak negara-negara OIC, khususnya Malaysia selaku pengerusi boleh memainkan
peranan yang penting. Pada tahun 2005, Malaysia menandatangani kontrak USD1 bilion dengan
kerajaan Sudan untuk membina loji penapis minyak dan Malaysia perlu menggunakan hubungan
ekonomi ini dengan Sudan untuk memberi tekanan politik kepada Sudan dan menerima pasukan
kedamaian PBB.
Akhirnya saya berharap dalam krisis Dafur di lihat sebagai satu isu perikemanusiaan untuk
menubuhkan satu pasukan bagi melindungi orang awam perlulah menjadi priority demi membolehkan
bantuan di sampaikan kepada 3 juta rakyat Muslim Afrika ini yang menghadapi risiko kelaparan
kerana deliberate displacement. Dan juga NAM perlu memberi tekanan kepada Sudan supaya
menghentikan kegunaan pasukan tenteranya untuk menyerang orang awam dan juga bersetuju
untuk membenarkan deployment satu pasukan PBB ke dalam Darfur dan Resolusi Majlis
Keselamatan PBB perlu diluluskan untuk memberi kuasa deployment PBB dan juga menentukan
tarifnya dan funding untuk menguatkan Pasukan African Union dalam tempoh pengalihan ini amatlah
penting dan saya rasa Malaysia selaku Pengerusi OIC dan bekas pengerusi NAM boleh memainkan
peranan yang berat dalam perkara ini. Sekian.