Parliament: Why AiFM DJs are resigning?
Yesterday, I asked why DJs at the AiFM are resigning.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Tanjong.
5.00 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000 -
Perkhidmatan Penyiaran iaitu matlamatnya untuk menyebarkan maklumat melalui radio dan TV
untuk membina sikap peribadi, pemikiran dan nilai-nilai yang sesuai untuk memajukan dan
menjayakan pembangunan sosial ekonomi dan masyarakat selaras dengan cita-cita negara.
Saya amat mengalu-alukan janji yang dibuat oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan amat
membenarkan kebebasan untuk menyuarakan dan akan sudi mendengar aduan-aduan ataupun
kebenaran-kebenaran dari rakyat jelata supaya dapat memperbaiki urus tadbir dan masalahmasalah
berhubung dengan kerenah birokrasi dan sebagainya dalam kerajaan.
Jadi saya ingin menimbulkan perkara yang membabitkan ALfm di Angkasapuri iaitu
saluran bahasa Mandarin yang nampaknya salah satu program mengenai hal ehwal semasa
yang amat popular iaitu morning talk show ataupun dalam bahasa Mandarinnya [Bercakap dalam
bahasa Mandarin] iaitu membenarkan para pendengar untuk segmen-segmen yang tertentu
membuat panggilan ataupun menghantar SMS untuk menyuarakan pandangan terhadap satu isu
yang dibincangkan pada masa penyiaran itu.
Tetapi nampaknya baru-baru ini kita mendapati bahawa sekurang-kurangnya lima orang
DJ di ALfm ini yang meletakkan jawatan pada tahun ini. Talk show ini yang bermula pada 4 April
tahun lepas adalah satu program yang amat popular di mana banyak perkara ataupun tajuk hal
ehwal yang diperbincangkan di dalam rancangan ini yang memberi peluang kepada para
pendengar untuk melafazkan pandangan, memberi cadangan dan memberi maklum balas
kepada satu perkara yang dibincangkan. Saya rasa itulah sejajar dengan apa yang diharapkan
oleh Perdana Menteri sendiri untuk mendengar atau menerima maklum balas dari rakyat jelata
terhadap bagaimana kita boleh menangani masalah-masalah urus tadbir dan bagaimana
masalah rakyat dapat diatasi.
Tetapi rasanya ada kebimbangan program ini akan dihentikan. Saya ingin tahu sama
ada program ini akan diteruskan pada tahun yang akan datang memandangkan keadaan di
dalam stesen itu tidak membenarkan begitu ramai DJ untuk terus menjadi warga di dalam stesen
itu yang memaksa mereka mengambil keputusan untuk letak jawatan.
DR.4.12.2006 99
Masalah mula wujud pada bulan Julai tahun ini apabila dalam satu morning talk show call
in segment, pendengar-pendengar yang membuat maklum balas telah mempertikaikan ataupun
mengutuk dasar-dasar kerajaan berhubung dengan pendidikan bahasa ibunda dan membidas
timbalan menteri yang bertanggungjawab dari MCA yang akhirnya pihak atasan telah menukar
DJ yang terbabit yang menjadi hos kepada program talk show pada masa itu ditukar dengan
serta-merta ke program yang lain. Ini nampaknya adalah hasil ataupun akibat daripada tekanan
politik yang tertentu dari parti-parti yang terlibat.
Jadi walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyuarakan hasrat
menghormati kebebasan untuk menyuarakan (freedom of expression) tetapi ada unsur-unsur
dalam kerajaan, dalam parti-parti pemerintah yang ingin menggunakan tekanan politik untuk
memastikan apa yang disiarkan di dalam stesen ini ataupun mungkin lain-lain stesen di bawah
kelolaan RTM ini akan senantiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Tetapi oleh kerana
the nature of the talk show adalah untuk dengan spontannya menerima maklum balas daripada
rakyat. Tidak mungkin sekatan dibuat untuk sekat apa yang boleh disuarakan ataupun tidak
boleh disuarakan oleh para pendengar. Tetapi apabila pendengar menyuarakan sesuatu, DJ
yang berkenaan menjadi mangsa daripada tekanan politik sesetengah pihak.
Jadi saya ingin tahu mengapa tiba-tiba begitu ramai DJ di ALfm ini ingin berhenti dari
berkhidmat sebagai DJ yang nampaknya mereka pun amat popular di kalangan pendengar.
RTM juga membelanjakan wang begitu banyak untuk melatih kumpulan ini sejak satu, dua tahun
dahulu. Tetapi apabila mereka sudah matang untuk menghoskan program-program tertentu tibatiba
wujudnya perkara yang memaksa mereka letak jawatan kerana tidak puas hati dengan pihak
pengurusan dan tekanan politik dan sebagainya.
Jadi saya berharaplah Yang Berhormat Menteri akan memberi perhatian yang berat
kepada apa yang berlaku di ALfm ini. Semoga ia dapat memainkan peranan untuk menerima
maklum balas daripada rakyat jelata yang ingin menyuarakan sesuatu berhubung dengan hal
ehwal semasa dan lebih-lebih lagi dengan bagaimana kerajaan ini mengurus tadbir negara ini.
Sekian.


