Parliament: House buyers get UFO, CFO and CCC
Speech on 11 December on amendment bill to introduce the Certificate of Completion and Complaince to replace the CFO.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya
diberi kesempatan ini untuk mengambil bahagian dalam membahaskan pindaan Rang Undangundang
Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di mana soalan pokok dalam pindaan ini adalah untuk
memperkenalkan satu Sistem Perakuan Siap Tanpa Pematuhan yang baru ataupun CCC seperti
DR.11.12.2006 95
mana di hujahkan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya rasa pada pokoknya, kita boleh mengalualukan
apa juga langkah-langkah yang baik untuk memperbaiki perjalanan sektor pembinaan
khususnya perumahan untuk rakyat.
Saya rasa usaha pada kali ini sedikit sebanyak akan dapat membantu mengatasi
masalah-masalah yang sekian lama dihadapi oleh para pembeli rumah di negara ini. Isu-isu
berhubung dengan tidak adanya CF ataupun tidak memohon CF sebelum menyerahkan vacant
for session, kerja-kerja yang tidak sempurna dan tidak mematuhi kualiti-kualiti yang ditetapkan
dan sebagainya adalah masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli rumah di negara ini.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri telah… nampaknya dengan membentangkan CCC ini
telah dimenangi oleh lobi dari pihak profesional dan pemaju yang ingin memperlihatkan CCC
sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah yang mereka boleh anggap boleh diatasi tetapi
saya rasa, dengan wujudnya sistem yang baru ini, memang ia akan menimbulkan masalah yang
baru.
Saya rasa inisiatif seperti ini adalah piecemeal sahaja yang tidak dapat memenuhi hasrat
pembeli-pembeli rumah yang memperjuangkan sistem BTS iaitu build dan sell yang selama ini
diheboh-hebohkan tetapi sehingga ini tidak dapat dilaksanakan ataupun variant system 10/90
yang dikemukakan oleh pihak NGO untuk memperlihatkan untuk satu revolusi yang benar-benar
dapat merevolusikan sektor perumahan di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya lihat, hasrat memperkenalkan CCC ini mengikut
Yang Berhormat Menteri dan kerajaan termasuk Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri adalah untuk mengurangkan birokrasi, memperbaiki delivery system dalam public sector.
Tetapi, nampaknya dengan adanya CCC, usaha yang sepatutnya diambil untuk
memperbaiki delivery system dalam public sector, sektor awam ini dipindahkan pula kepada
badan profesional yang merupakan badan swasta. Apabila berlakunya masalah delivery system
yang lemah, ada penyelewengan, korupsi dan sebagainya, sepatutnya usaha diambil untuk
mengatasi soalan-soalan pokok yang wujud dalam delivery system dan bukan untuk meminda
masalah ini kepada badan profesional melalui CCC ini sebagai satu cara keluar untuk mengatasi
masalah berhubung dengan CF. Ini saya memperhatikan adalah satu pendekatan yang tidak
begitu baik dan tidak berkesan dan sememangnya perhatian perlulah diberikan kepada delivery
system.
Walaupun, adanya CCC, kita tidak cuai dan tidak boleh mengabaikan bahawa PBT-PBT
perlulah dirombak semula untuk menaikkan prestasi mereka yang menjadi satu halangan yang
besar kepada perusahaan perumahan di negara ini, khususnya dalam isu mengeluarkan CF dan
memastikan kualiti rumah-rumah yang dibina.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa CFO merupakan satu perkara yang amat penting
selama ini dalam sektor ini sebab tanpa CFO pembeli-pembeli rumah tidak dapat menduduki
rumah mereka secara dengan sah ataupun apabila CFO tidak dikeluarkan, pembeli-pembeli
DR.11.12.2006 96
rumah pangsa dan kondominium tidak juga dapat memohon untuk mendapat strata tittle dan
saya ingin tahu, masalah yang kita hadapi bahawa, pemaju memberi vacant possession
sebelum memohon untuk mendapat CFO, apakah masalah sedemikian akan dapat diatasi
dengan diperkenalkan sistem CCC ini.
Pada pokoknya, sistem CCC seperti mana dihujahkan oleh Yang Berhormat Menteri
bergantung sangat kepada self regulation. Tetapi, adakah kementerian dan Menteri sedar
bahawa selama ini, selain daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang menjadi player dalam sektor
ini, di samping pemaju dan juga badan-badan profesional, ketiga-tiga badan ini pun nampaknya
menjadi punca kepada masalah yang kita hadapi pada hari ini. Pemaju-pemaju yang tidak
bertanggungjawab, saya rasa kementerian cuba dengan sedaya upaya untuk mengawal mereka
dan memastikan mereka menjadi pemaju yang beretika.
Tetapi, badan profesional selama ini juga didapati bersekongkol dengan pemaju-pemaju
dalam menipu pembeli-pembeli rumah dengan mengeluarkan sijil-sijil yang sebenarnya tidak
membayangkan kerja-kerja yang sudah dilakukan ditapak pembinaan. Itulah harapan ditaruh
kepada badan profesional yang pada asasnya menjadi satu sumber kepada masalah yang kita
hadapi pada masa ini. Jadi, saya rasa untuk sistem yang baru ini mencapai kejayaan, perhatian
perlulah diberikan kepada badan profesional yang kononnya perlu mempunyai etika yang
tertinggi sekali, yang dapat menghayati kepentingan orang-orang, pihak yang lain iaitu pembelipembeli
rumah dan bukan sekadar untuk menjaga kepentingan tauke dia iaitu pemaju
perumahan. Jadi, ini satu soalan yang pokok. Kalau tidak dapat ditangani akan menyebabkan
CCC ini akan gagal pada akhirnya.
Walaupun, dalam rang undang-undang ini denda kepada pihak badan profesional ini
amat berat juga sehingga RM250.000 dan penjara, tetapi kepada pembeli-pembeli yang akan
menjadi mangsa akibat satu pengesahan persijilan yang palsu ataupun tidak menepati apa yang
sudah dilakukan di tapak, langkah-langkah terhadap badan profesional ini tidak bermakna sama
sekali kepada pembeli-pembeli. Lebih teruk lagi Tuan Yang di-Pertua, di dalam rang undangundang
ini apabila berlaku keadaan di mana PBT telah mengeluarkan notis kepada pemaju
ataupun badan profesional itu untuk berhenti ataupun menghendaki pematuhan dan sebagainya,
dan menjalankan kerja-kerja untuk memulihkan apa yang rosak, kos itu perlu ditanggung oleh
pembeli-pembeli rumah yang kemungkinan besar kerana kecuaian dan ketidaktanggungjawaban
sesetengah pihak, akan menyebabkan para pembeli menanggung satu kos pembaikan yang
sepatutnya ditanggung oleh pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil pengesahan CCC
itu.
Tetapi, di rang undang-undang ini kita dapati di subseksyen yang baru 25 kepada
seksyen 70, kos itu perlulah ditanggung oleh tuan punya bangunan. Itu satu perkara yang kita
tidak dapat faham. Sungguhpun Yang Berhormat Menteri memberi gambaran bahawa Menteri
dan kerajaan adalah di pihak para pembeli, tetapi nampaknya dengan adanya klausa-klausa
DR.11.12.2006 97
seperti ini, tidak membayangkan sebenarnya hasrat kerajaan sebaliknya akan membebankan
pembeli-pembeli rumah.
Apabila wujud masalah kelak, saya rasa walau bagaimanapun Yang Berhormat Menteri
ingin memberi keyakinan kepada kita untuk terima self regulation sistem ini, tetapi saya rasa
hujah-hujah yang diberikan dan juga dengan adanya seksyen-seksyen yang tertentu, kita tidak
dapatlah menghayati keyakinan tersebut. Selama ini, Lembaga Jurutera dan Lembaga Arkitek
juga mengesahkan terdapat aduan-aduan terhadap ahli-ahli mereka berhubung dengan
penyelewengan yang wujud dalam sistem penyampaian, mengesahkan kerja-kerja yang
dilakukan untuk membolehkan para pemaju untuk tuntut bayaran daripada para pembeli melalui
bank-bank.
Bank-bank selama ini juga tidak ada satu sistem kawalan mempunyai pakar tersendiri
untuk mengesahkan sama ada apa yang disahkan oleh consultant engineers ataupun arkitek
yang diupah oleh pemaju itu benar-benar melakukan satu perkara yang adil. Jadi saya rasa CCC
pada konsepnya mempunyai beberapa kelebihan khususnya harapan untuk mempercepatkan
proses ini. Tetapi kalau tanpa satu check and balance mekanisme untuk check and balance di
mana ada prosedur-prosedur yang diletakkan saya rasa sistem yang baru ini akan di abuse oleh
pihak-pihak yang ingin mendapat keuntungan dengan cepatnya.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ingin melihat para pembeli menjadi mangsa di
dalam sistem CCC yang diperkenalkan. Sebab nampaknya tidak lain dan tidak bukan
percanggahan kepentingan memang berlaku sebab badan profesional, consultant engineers dan
arkitek ini akan mewakili tauke iaitu pemaju itu dan saya rasa percanggahan kepentingan ini akan
menjejaskan kepentingan para pembeli dan perumahan dan certification ini merupakan satu
perkara yang merupakan kepentingan awam (public interest) yang tidak ada ruang untuk wujud
satu badan yang mungkin biased terhadap apa yang mereka lakukan.
Saya rasa akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh berharap walaupun Yang
Berhormat Menteri begitu yakin terhadap sistem ini sebagai satu ubat mujarab kepada masalahmasalah
yang wujud sekarang, tetapi saya rasa tanpa satu check and balance masalah yang
mungkin wujud di bawah sistem CCC tidak kurang sengit berbanding dengan sistem yang sedia
dipakai pada hari ini.
Jadi saya berharap walaupun mungkin Rang Undang-undang ini dengan Rang Undangundang
yang lain akan diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi adalah harapan saya untuk
mendapat perhatian Yang Berhormat Menteri untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara
yang dibangkitkan dalam ucapan saya. Semoga sistem CCC ini yang pada asalnya ingin
membawa perubahan yang baik tidak diselewengkan ataupun tidak membawa masalah yang
lebih besar kepada para pembeli di negara ini. sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Tanah
Merah.
DR.11.12.2006 98


