I have taken an oath to defend the Malaysian Constitution…
Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat bagi Tanjong.
4.29 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin
membawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini satu isu perlembagaan yang amat penting iaitu
isu rakyat yang bukan beragama Islam yang diperlukan untuk mencari remedi di Mahkamah
Syariah yang saya rasa bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Pelbagai
pihak telah menyuarakan kebimbangan dan prihatin mereka terhadap satu keputusan majoriti yang
dibuat oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Subashini dengan Saravanan di mana mahkamah ini
memerlukan rakyat bukan agama Islam untuk menerima bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Keputusan Mahkamah Rayuan ini nampaknya juga menurunkan keputusan yang memberi
gambaran bahawa seorang ibu atau bapa boleh menukar agama anak-anak kecil mereka kepada
Islam tanpa menerima persetujukan daripada seorang ibu atau bapa yang lain. Selepas itu, orang
itu boleh pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah penjagaan anak-anak mereka
tanpa penyertaan pihak yang lain.
Keputusan ini yang memaksa orang yang bukan beragama Islam untuk mendapat remedi
daripada Mahkamah Syarikah adalah bercanggah Perlembagaan dan tidak adil. Perlembagaan
DR 2.4.2007
94
kita adalah jelas bahawa Mahkamah Syariah hanya ada kuasa ke atas orang-orang yang
menganut agama Islam. Memaksa seorang bukan Islam untuk menerima undang-undang Islam
adalah amat tidak adil dan tidak patut.
Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan kita adalah Supreme Law bagi Persekutuan Malaysia
yang telah menyediakan suatu sistem perundangan yang menegakkan keadilan semua rakyat
yang beragama Islam dan juga yang beragama lain. Keputusan baru-baru ini akan membawa
precedent yang amat membimbangkan bagi masa depan negara ini.
Sekiranya undang-undang sekarang tidak membolehkan Mahkamah Sivil memberi remedi
kepada rakyat yang bukan beragama Islam, maka kita perlu pindaan perundangan untuk
menjelaskan mana-mana mahkamah yang menggunakan pakai undang-undang agama hanya
mempunyai kuasa ke atas penganut-penganut agama itu sahaja.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]
Sebagai Ahli Parlimen yang telah mengambil ikrar untuk mempertahankan keluhuran
Perlembagaan kita, saya ingin mendesak pihak pemerintah untuk menegakkan keadilan dan
mempertahankan hak-hak rakyat yang tidak beragama Islam. Sekarang kita sedang berhadapan
dengan suatu keadaan di mana rakyat yang bukan beragama Islam berasa tidak selesa kerana
kegagalan Mahkamah-mahkamah Sivil untuk memastikan perlindungan saksama dan hak-hak
Perlembagaan orang-orang yang bukan beragama Islam terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism,
Sikhism dan Taoism telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terpanggil untuk memberitahu
pihak yang berkuasa tentang kebimbangan rakyat yang bukan beragama Islam yang merupakan
45% daripada populasi negara ini bahawa badan kehakiman telah gagal menunaikan
tanggungjawab Perlembagaan mereka untuk memberi perlindungan yang saksama kepada
semua.
Rakyat yang bukan beragama Islam tidak dapat relief apabila Mahkamah Syariah
membuat perintah yang menjejaskan kebebasan asasi mereka yang terjamin dalam
Perlembagaan. Juga ada kebimbangan bahawa Mahkamah Syariah telah bertindak di luar bidang
kuasa apabila membuat perintah mengenai perkara-perkara yang membabitkan kehidupan rakyat
yang bukan beragama Islam.
Saya mula membangkitkan isu ini pada tahun 2004 apabila berlaku kes Shamala dan
kerajaan pada masa itu telah menjanjikan bahawa Parlimen ini akan mengkaji dan memberi satu
remedi melalui kajian mengenai percanggahan bidang kuasa mahkamah berkenaan.
Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri untuk menunaikan janjinya untuk menjaga
keharmonian di dalam negara ini. Apa yang membimbangkan adalah keputusan mahkamah yang
sedemikian seolah-olah Perlembagaan kita ditulis semula.
DR


