Last Thursday, the parliamentary secretary to the Ministry of Natural Resources and Environment Dato Sazmi bin Miah gave an assurance at Parliament that the government would be proposing amendments to redress the injustices in the Adnorna Properties land case. Meanwhile he said a Joint Technical Committee from the Land Administrator and Police will be formed to tackle the problems of cheating and forgery in land titles. We hope the grave injustices would be addressed.Read the exchanges in Parliament:
Isu pentadbiran tanah. Ahli Yang Berhormat bagi Serdang dan Tanjong mencadangkan
supaya dikaji semula dan disemak semula peruntukan-peruntukan dalam Kanun Tanah Negara
1965 bagi mengelakkan berlakunya isu-isu pindah milik tanah tanpa pengetahuan pemilik asal.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penelitian awal kementerian ini mendapati kebanyakan
kes yang dibangkitkan berlaku itu disebabkan penipuan yang melibatkan pemalsuan dokumendokumen
yang dikemukakan.
Jenis-jenis penipuan yang melibatkan kes-kes polis merupakan dokumen-dokumen yang
dipalsukan ini termasuklah surat sumpah, laporan polis, kad pengenalan, surat wakil kuasa,
perintah mahkamah dan juga cukai setem palsu. Isu ini telah dibincangkan di dalam Mesyuarat
Majlis Tanah Negara yang ke-63 pada 5 Disember 2006 di mana pihak Jabatan Peguam Negara
telah juga mencadangkan agar semakan terhadap peruntukan seksyen yang terlibat dibuat
sekiranya perlu.
JKPTG juga telah mengadakan satu mesyuarat khas mengenai sindiket pemalsuan hak
milik tanah pada 15 Mac 2007 dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di mana
telah dipersetujui untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama (JKTPTGPDRM)
bagi meningkatkan kerjasama dan pentadbir tanah dengan Polis Diraja Malaysia di dalam
menangani masalah ini dan usaha-usaha berterusan sedang diambil untuk mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci mengenai kaedah-kaedah penipuan yang dibuat bagi mengenal
pasti isu sebenar.
Semakan dan pindaan ke atas Kanun Tanah Negara 1965 akan dibuat sekiranya
kelemahan undang-undang tersebut merupakan punca yang sebenarnya.
Dato’ Yap Pian Hon [Serdang]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Serdang.
DR 5.4.2007
75
Dato’ Yap Pian Hon [Serdang]: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.
Walaupun kajian telah dibuat oleh kerajaan tetapi masih belum ada satu keputusan sama ada Akta
Kanun Tanah Negara akan disemak atau tidak.
Dengan keadaan yang demikian itu, apakah langkah akan diberi untuk membantu kepada
mangsa-mangsa yang telah berlaku di mana tanah mereka telah ditukar tanpa pengetahuan
mereka. Apakah bantuan yang boleh kerajaan berikan untuk mengatasi masalah sehingga berlaku
beberapa kes berlaku termasuklah satu kes di kawasan Serdang ini.
Dato’ Sazmi bin Miah: Seperti yang telah saya nyatakan tadi, semakan pindaan ke atas
Kanun Tanah Negara akan kita buat semakan sama ada kita akan bentangkan dia sebagai
pindaan kepada akta dan sebagainya. Itu terpulanglah kepada pihak AG. Tetapi yang menjadi
masalahnya, apabila berlaku kes sedemikian, kita sudah ada land mark case dalam kes Adorna
dan sebagainya, itu saya tidak boleh komenlah sebab itu …
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Oleh kerana kes Adorna Properties
Sendirian Berhad dan ‘Bon Soom Bunyamin’ menjadi satu kes yang begitu scandalous di mana
tidak ada lagi security mengenai tanah, title. Seorang yang ada di mana orang yang ada title tetapi
masih ada original title, orang yang tipu kata dia fraudulently, forgery buat IC kata dia itu orang dan
dapat itu certified copy of title jual kepada orang bona fide dan orang original title hilang itu title
mana boleh?
Kalau begitu siapa mahu pelaburan orang asing mahu datang ke negara ini di mana tidak
ada security of title sehingga sanctity of property, kenapa untuk tujuh tahun, kementerian Yang
Berhormat atau Jabatan Tanah tidak ambil tindakan untuk membetulkan ketidakadilan yang begitu
ketara untuk membetulkan ketidakadilan yang dibuat oleh Federal Court decision. Federal Court
decision sudah buat tak kira apa-apa itulah Federal Court decision tetapi kalau itu undang-undang
yang ditafsirkan oleh Federal Court 2001 lepas itu diaffirmkan, bukankah tanggungjawab Parlimen
untuk ambil tindakan pinda Section 340, National Land Code supaya ada sanctity and security of
tenure supaya dia tidak menjadi satu negara di mana original contract land title boleh hilang
semacam ini.
Kenapa tidak ambil tindakan, bukan Peguam Negara ialah justice or injustice. Bolehkah
jaminan dibuat bahawa sudah tujuh tahun tinggal dibuat supaya to end the injustice of Adorna
case. Lebih 100 kes.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat. Yang
Berhormat jawablah, cukuplah.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bukankah benar ada lebih 100 kes dan berpuluh-puluh
juta ringgit wang rakyat atau berbilion-bilion ringgit …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat cukup.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya. Ini besar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jawab Yang Berhormat.
DR 5.4.2007
76
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya.
Dato’ Sazmi bin Miah: Terima kasih Yang Berhormat bagi Ipoh Timor. Saya suka dia
sebab dia passionate, dalam membawa sesuatu kes.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Passionate oleh kerana grave injustice, a travesty of
justice.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Jangan sebut suka
dia, nanti bangun lagi.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yah, travesty of justice kenapa Parlimen dumb, deaf
and blind dalam perkara ini.
Dato’ Sazmi bin Miah: Dia dengan Yang Berhormat bagi Batu Gajah memang best
friend.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, jawablah, jawablah.
Dato’ Sazmi bin Miah: Saya hendak jawablah ini. Saya hendak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah.
Dato’ Sazmi bin Miah: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, ingat Yang Berhormat bagi Ipoh
Timor sahaja kah yang prihatin pasal benda ini? Kita pun prihatin tahu?
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Itu saya tahu.
Dato’ Sazmi bin Miah: Ya lah, sebelum pada ini saya tidak tahulah. Siapa dia menteri,
siapa dia Setiausaha Parlimen tetapi masa kita sekarang ini, jadi menteri kita sekarang ini, kita
sudah janji kita akan bentangkan satu akta undang-undang tidak lama lagi untuk membaiki dan
memperbetulkan benda ini. Jangan risaulah. Saya bagi jaminan di sini.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Jaminan mengenai Ardona case yang spesifik, supaya
ketidakadilan Ardona case dan Ardona like type of cases tidak akan berlaku. Adakah, atau ini akan
teruskan 10 tahun, 20 tahun? Untuk mahu tariklah foreign investment, security of title dan sanctity
of property.
Dato’ Sazmi bin Miah: Kita sudah bincang panjang lebar di JKPTG dengan AG dan
sebagainya. Kita tahu ada kelemahan sedikit dekat situ dan kita dan kita akan pinda dan kita akan
rujuk…
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kelemahan sikit, mana boleh kelemahan sikit,
kelemahan besar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukup.
Dato’ Sazmi bin Miah: Kita akan pinda, ia kelemahan sikit sahaja. Terima kasih, Yang
Berhormat. Ini Kerajaan Barisan Nasional lagi prihatin daripada DAP.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, banyak lagi, Yang
Berhormat?
Dato’ Sazmi bin Miah: Ada 3 …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ha?
DR 5.4.2007
77
Dato’ Sazmi bin Miah: Ada 3 pages.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Boleh habiskan, kah? , Ringkaskan,
cukuplah
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kalau prihatin 7 tahun. Mana boleh prihatin. Seven
years of indifference, apa prihatin. 7 tahun boleh kata prihatin.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, cukuplah, Yang Berhormat.