Proton’s dropping sales, losses and finding a partner
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Tanjong.
5.26 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran P.24, di
mana RM50 juta dikehendaki untuk membiayai Dana Pembangunan Automotif. Pertamanya
saya ingin tahu apabila Dana Pembangunan Automotif ini diumumkan di dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan, RM500 juta diperuntukkan untuk dana ini. Jadi saya ingin tahu setakat ini,
berapakah selain daripada RM50 juta ini telah pun disalurkan kepada Dana Pembangunan
Automotif setakat ini?
Saya ingin tahu juga, dana ini cuma khusus kepada Proton Holdings Berhad untuk
membantu vendor komponen dan peralatan automotif tempatan. Apakah vendor-vendor yang
membekalkan kepada Perodua ataupun Naza juga layak untuk memperoleh Dana Pembangunan
Automotif ini untuk membantu mereka khususnya vendor komponen dan peralatan? (more…)


