Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Tanjong.
5.26 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran P.24, di
mana RM50 juta dikehendaki untuk membiayai Dana Pembangunan Automotif. Pertamanya
saya ingin tahu apabila Dana Pembangunan Automotif ini diumumkan di dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan, RM500 juta diperuntukkan untuk dana ini. Jadi saya ingin tahu setakat ini,
berapakah selain daripada RM50 juta ini telah pun disalurkan kepada Dana Pembangunan
Automotif setakat ini?
Saya ingin tahu juga, dana ini cuma khusus kepada Proton Holdings Berhad untuk
membantu vendor komponen dan peralatan automotif tempatan. Apakah vendor-vendor yang
membekalkan kepada Perodua ataupun Naza juga layak untuk memperoleh Dana Pembangunan
Automotif ini untuk membantu mereka khususnya vendor komponen dan peralatan?
Saya rasa Tuan Pengerusi, dana ini amat berguna untuk membangunkan industri
automotif khususnya kepada Proton Holdings Berhad. Kita perlu melihat masalah yang dihadapi
oleh Proton Holdings Berhad sekarang yang nampaknya tidak dapat meyakinkan penggunapengguna
berhubung dengan berbagai-bagai masalah mereka khususnya dalam memilih satu
rakan kongsi sama ada dari luar negara mahupun dalam negara. Sehingga masalah ini dapat
diatasi, saya rasa Proton akan terus menghadapi masalah-masalah berhubung dengan penjualan
mereka. Kita juga dapat tahu, Perodua sudah pun mengambil alih tempat pertama dan
mengalahkan Proton dari segi penjualan dalam satu, dua tahun kebelakangan ini.
DR.19.4.2007 111
Kita amat bimbang apabila melihat penjualan Proton ini semakin merosot sehingga dapat
ditewaskan oleh Perodua. Oleh sebab kejatuhan penjualan ini, kita pun nampak Proton sudah
mengumumkan kerugian bagi quarter yang terakhir pada Disember 2006, kali yang ketiga
berturut-turut mengalami kerugian. Pada quarter yang terakhir pada tahun lepas, sebanyak
RM281.45 juta dilaporkan rugi oleh Proton Holdings.
EPS Proton juga semakin merosot dari 216 sen satu saham pada tahun 2002, sudah
jatuh kepada 8.5 sen sahaja pada tahun 2006. Ini pun bukan dalam keadaan di mana Proton
sudah pun dibuka 100% kepada pasaran automobil. Walaupun masih menikmati perlindungan
dari kerajaan, nampaknya data atau statistik ini tidak meyakinkan kita. Saya rasa masalah yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Santubong, saya rasa kereta Wira pun hadapi masalah
yang sama.
Kalau kita secara random di lebuh raya ataupun di jalan raya memang nampak banyak
kereta Wira yang menghadapi masalah seperti bumper yang jatuh, yang senget dan sebagainya.
Sebab itu hook itu memang seperti kata-kata Yang Berhormat tadi, macam permainan kanakkanak.
Itu perlu diatasi. Saya rasa pasukan Proton sekarang adalah satu pasukan pengurusan
yang amat lemah yang tidak dapat memberi arah tuju yang sebaik-baiknya kepada pertubuhan
ini.
Dari segi mengeluarkan model-model yang attractive, tidak nampak juga. Kita masih
nampak model-model yang sudah dikeluarkan 10 tahun dahulu masih dikeluarkan tidak berhentihenti.
Dengan model yang terbaru pun kalah kepada Perodua. Savvy dan Gen2 yang diharapharapkan
untuk membawa syarikat ini ke satu arah ataupun prestasi yang lebih baik tidak dapat
mencapai matlamat ini.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat
hendak habiskan sekarang ke atau hendak sambung esok?
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Habiskan sekaranglah, sedikit lagi.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habiskan. Saya boleh bagi masa.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Ya, ya. Saya rasa Proton juga tidak ada satu
pasukan yang inovatif dan mempunyai no harm dalam membentuk model-model yang dapat
appeal kepada generasi sekarang dan nampaknya Proton pun memahami masalah ini dan
sedang mencari satu rakan kerja dari luar negara, Volkswagen dan General Motor tetapi setakat
ini kita tidak nampak apa-apa kemajuan.
Saya rasa seperti apa yang saya katakan tadi, ini satu isu yang amat pokok kepada arah
tuju dan masa depan Proton. Saya rasa tekanan-tekanan politik amat berat dalam isu ini sama
ada Proton ataupun kerajaan. Saya rasa kerajaan tidak mahu melihat Proton hilang status
sebagai kereta nasional apabila mendapat satu rakan kongsi dari luar negara.
Tetapi masalah ini perlulah diatasi oleh kerajaan dan oleh Proton dan sekiranya tekanantekanan
politik ini, misalnya Dr. Mahathir pun dengan lantangnya berharap Malaysia boleh cari
DR.19.4.2007 112
satu partner tempatan berbanding dengan sebuah syarikat asing untuk Proton tetapi apakah ini
kaedah yang sebaik-baiknya? Itu adalah satu soal yang amat pokok bagi Proton dan juga
negara ini.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habiskan, Yang Berhormat.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Sekian.