We have 1,152,467 in the public sector
The government has saved RM7.7 billion since the implementation of the privatization programme in 1983. Since then, 113,220 public sector workers had been transferred to the private sector.
The government said this in a written reply to my question listed 67 in the Order Paper today.
Below is the full reply in Bahasa Malaysia:
Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) minta Perdana Menteri menyatakan apakah dasar penswastaan sudah gagal memandangkan sektor perkhidmatan awam semakin bertambah sehingga menjadi 4.6 peratus daripada jumlah populasi Negara.
Jawapan
Dasar penswastaan telah memberi banyak manfaat dari segi mengurangkan bebanan kewangan dan pertadbiran kerajaan. Sejak diperkenalkan pada tahun 1983, sejumlah 113,220 pekerja sektor awam telah dipindah kepada sektor swasta. Selain daripada pengurangan beban pentadbiran kerajaan, dasar penswastaan juga telah menjimat perbelanjaan mengurus berjumlah RM7.7 bilion.
Selain itu, banyak kemudahan dan utiliti awam telah disediakan untuk rakyat secara penswastaan kerana pihak kerajaan terpaksa mengawal perbelanjaannya.
Pertambahan bilangan pekerja dalam sektor perkhidmatan awam antara lain adalah disebabkan oleh pertambahan peranan perkhidmatan awam selari dengan pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi.
Oleh itu, kerajaan terpaksa meningkatkan pekerja-pekerja awam seperti dalam bidang kesihatan dan pendidikan dan juga bidang keselamatan dan pemantauan.
Jumlah pekerja sector awam ialah sebanyak 1,152,467 orang. Dari jumlah ini, sebanyak 652,711 pekerja atau 56.64% terdiri daripada anggota polis dan tentera serta dalam bidang perguruan dan kesihatan.


