Debate on Thursday 21 June 2007 on the bill to enact the Evidence of Child Witness 2007.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tanjong sila.
3.16 petang
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi
kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.
Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan pembentangan Rang Undang-undang ini yang
mengambil kira tentang keperluan untuk mengadakan keterangan saksi daripada kanak-kanak.
DR.21.6.2007
67
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya cuma akan ambil satu dua perkara yang saya
anggap penting di mana di bawah Rang Undang-undang ini, di bawah Bahagian Tafsiran dan
juga di Fasal 11, 12 dan juga 13 perkataan berhubung dengan kanak-kanak. Mengikut tafsiran di
bawah Rang Undang-undang ini, kanak-kanak ditafsirkan sebagai seseorang yang di bawah
umur 16 tahun.
Itulah tafsiran bagi Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak. Saya rasa
tafsiran ini jika berbanding dengan undang-undang yang sedia ada berhubung dengan kanakkanak-
kanak, terdapat percanggahan dan inconsistency berhubung dengan apa yang boleh
ditakrifkan sebagai kanak-kanak. Misalnya Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Kanak-kanak,
seorang kanak-kanak ditafsirkan:
(i) seseorang yang di bawah umur 18 tahun; manakala
(ii) kanak-kanak ditafsirkan berhubung dengan satu prosiding penjenayahan
bermakna seseorang yang sudah mencapai umur yang patut memegang
tanggungjawab jenayah terhadap apa yang dilakukan di bawah seksyen
82 Kanun Keseksaan. Dan manakala di bawah seksyen 83 Kanun
Keseksaan, ia juga menganggap kanak-kanak sebagai seseorang yang
sudah melebihi 10 tahun tetapi di bawah 12 tahun yang belum mencapai
kematangan untuk memahami sesuatu yang secukupnya.
Itulah di bawah Kanun Keseksaan, definisi dan tafsiran kanak-kanak. Manakala di
bawah Akta Umur Dewasa 1971, The Age of Majority Act ditafsirkan bahawa dengan izin Tuan
Yang di-Pertua, “The minority of all males and females shall cease and determine within Malaysia
at the age of 18 years and every such male or female attaining that age shall be of the age of
majority.”
■1520
Ini bermakna di dua akta yang lain didapati tafsiran yang berlainan berhubung dengan
apa yang disifatkan sebagai kanak-kanak. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri,
apakah ini bercanggah ataupun ia boleh diterima sebagai satu definisi kanak-kanak yang diterima
pakai kerana sekiranya undang-undang yang berbeza mempunyai tafsiran yang berbeza
terhadap satu perkara yang sama. Ia mungkin menimbulkan masalah apabila tafsiran kanakkanak
itu menjadi satu pertikaian dalam mahkamah. Saya berharap Yang Berhormat Menteri
boleh menjelaskan definisi ini sama ada ia secocok dengan definisi kanak-kanak di lain-lain
undang-undang yang sedia ada di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap kerajaan juga boleh menimbang untuk
memasukkan seseorang saksi kanak-kanak ataupun seseorang saksi yang melebihi umur 16
tahun umurnya yang di medically certified as below the mental age of 16. Ini kerana memang
DR.21.6.2007
68
ada orang yang terencat akal ataupun mempunyai kekurangan-kekurangan yang tertentu
walaupun pada hakikatnya fizikalnya melebih 16 ataupun 18 tahun tetapi mental agenya
sememangnya kurang daripada 16 ataupun 12 tahun. Saya rasa golongan ini haruslah juga
mendapat perlindungan di bawah akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah seksyen 90A Kanun Keseksaan, peruntukan bahawa
seorang kanak-kanak boleh memberikan keterangan dari kandang tertuduh ataupun melalui satu
kenyataan tetapi ekoran pindaan yang tertentu seseorang yang tertuduh untuk remain silence
telah pun dimansuhkan di bawah seksyen 90A. Ini khususnya seorang kanak-kanak. Dia tidak
boleh memilih opsyen untuk membisu. Saya rasa ini sudah diskriminasikan kanak-kanak sebab
lain-lain orang dewasa apabila dibicarakan di bawah CPC mereka mempunyai hak ini.
Akhirnya, tadi Yang Berhormat Menteri juga dalam huraian beliau ada menyatakan
kerajaan amat prihatin terhadap kanak-kanak yang perlu memberi keterangan di mahkamah.
Saya rasa kerajaan haruslah mengambil ikhtiar ataupun usaha untuk mewujudkan satu
perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak yang perlu memberi keterangan di mana-mana
mahkamah sebab lazimnya kanak-kanak yang diperlukan untuk menjadi saksi atau dituduh
dalam mahkamah mungkin tidak faham dan tidak mengerti dengan perjalanan mahkamah
dengan jargon-jargon perundangan dan sebagainya. Kebanyakan mereka masuk ke mahkamah
dalam satu keadaan mereka tidak memahami hak mereka, tidak memahami apa yang
sebenarnya berlangsung di dalam mahkamah.
Jadi, saya berharap kerajaan boleh menimbang, mewujudkan satu specialized support
system bagi kanak-kanak yang perlu menjadi saksi ataupun memberi keterangan di mahkamah
dan akhirnya bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini statistik berhubung
dengan berapa kanak-kanak diperlukan menjadi saksi dalam sistem mahkamah kita mungkin
dalam tiga atau lima tahun kebelakangan ini untuk membayangkan sama ada ini terdesak
sehingga kerajaan mewujudkan specialized support system yang saya katakan tadi. Dengan itu
saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sekian.