DR.26.6.2007
76
4.00 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya
akan memberi sedikit pandangan mengenai Rang Undang-undang Biokeselamatan yang…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat saya akan buat
keputusan. Selepas Tanjong kemudian Pasir Mas dan Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: … sedang dibahas dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, dengan Undang-undang Biokeselamatan ini saya berharap
kerajaan dapat memastikan Undang-undang Biokeselamatan ini dapat memainkan peranan
untuk mengimbangkan antara dua objektif iaitu menggalakkan penyelidikan sementara
melindung alam sekitar dan kesihatan rakyat jelata di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, satu pertikaian mengenai Rang Undang-undang Biokeselamatan
ini ialah skopnya yang agak luas. Perbezaan rang undang-undang ini dengan Protocol
Cartagena ialah kita cuba regulate segala aspek LMOs dan produk-produknya. Kita tahu bahawa
tanpa bioteknologi, kita tidak dapat membangunkan biodiversiti di negara ini dan tambah nilainya.
Akan tetapi perundangan yang begitu luas skopnya akan menimbulkan impak mungkin kepada
pembangunan bioteknologi dan juga perusahaan.
Tuan Yang di-Pertua, cabaran sekarang bukan dalam legal framework yang kita sudah
buat dengan agak baik melalui dasar-dasar bioteknologi dan juga rang undang-undang dan
seterusnya lembaga yang berkenaan. Namun dalam pelaksanaannya, saya rasa ramai Ahli
Yang Berhormat menyentuh tentang aspek perlaksanaan dan kita perlu mencapai keseimbangan
apabila menguatkuasakan undang-undang ini supaya dari satu segi kita dapat melindungi
keselamatan kita.
Bagi pihak yang lain juga mewujudkan satu suasana yang cukup baik untuk memajukan
bidang teknologi di negara ini supaya walaupun dengan undang-undang, peraturan dan
penguatkuasaan, suasana masih sesuai untuk penyelidikan dalam bidang ini dan memajukan
bidang ini. Kita sentiasa menghadapi masalah dengan kementerian ini dan kementerian lain
juga. Kadang-kala menghadapi ketidakupayaan untuk menguatkuasakan undang-undang dan
mungkin dengan kekurangan ini menyebabkan pelepasan LMOs yang tidak terkawal dalam alam
sekitar itu. Namun di samping itu, kita rasa keseimbangan harus dicapai supaya tidak
mengganggu satu suasana yang amat menggalakkan pembangunan bioteknologi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk sistem perlaksanaan dan penyampaian, saya rasa perlu
diperkuatkan sebab kapasiti yang secukupnya diperlukan untuk melaksanakan undang-undang
yang begitu kompleks dan mencabar ini. Kita boleh menganggapkan bahawa pihak kerajaan,
kementerian dan lembaga akan perlu menghadapi pelbagai cabaran apabila terlaksananya rang
undang-undang ini.
Khususnya dalam labeling, saya rasa semua produk LMOs dan produk-produknya perlu
dikenal pasti dan ditandakan bagi tujuan pengesanan. Ini bermakna setiap satu yang
DR.26.6.2007
77
mengandungi LMOs dan hasil pengeluarannya perlu ditandakan supaya sumber-sumbernya
dapat dikesani. Proses ini saya rasa Tuan Yang di-Pertua, akan melibatkan pengujian,
pengenalan dan penandaan dalam setiap tahap rangkaian pengeluaran. Keperluan ini perlu dan
hanya boleh dipenuhi dengan kos yang amat tinggi.
Jadi saya khuatir sama ada sektor SMI yang terlibat dalam sektor atau subsektor
bioteknologi ini dapat memenuhi penambahan kos ini untuk memenuhi syarat-syarat untuk
labeling. Saya rasa pihak kerajaan perlu memberi bantuan dan insentif supaya SMI dapat
memainkan peranan dalam pembangunan bioteknologi di negara ini.
Selain daripada legal framework dan penguatkuasaan, saya rasa kerajaan yang akan
memainkan peranan yang penting atau lead role. Saya rasa penglibatan dari pihak industri,
akademia dan NGO perlulah digerakkan bersama supaya seluruh negara dapat menggerakkan
satu paradigm shift ke arah pembangunan bioteknologi.
Saya minta kerajaan menyatakan bagaimana ia bercadang untuk menambah baik
kekayaan kita dalam biodiversiti dan bagaimana kita hendak mengkomersialkan penemuanpenemuan
kita. Maksud saya, Yang Berhormat Menteri ada menghuraikan bahawa setakat ini
masih tidak banyak penemuan-penemuan yang dapat kita komersialkan. Jadi kita perlulah
menggiatkan dari segi ini. Saya juga ingin tahu dari Yang Berhormat Menteri sejauh mana sektor
pembuatan kita terlibat dalam bidang ini? Apakah ini memuaskan ataupun perlu dipertingkatkan
lagi? Saya juga ingin tahu berapa buah centres of excellence bioteknologi ini sudah diwujudkan?
Akhirnya saya rasa dengan LMOs dan sebagainya dapat dikawal melalui undang-undang
ini, apakah pendirian kerajaan sama ada kita akan menggalakkan dalam sektor agriculture, sama
ada kita akan menggalakkan penanaman tanaman-tanaman yang mempunyai LMOs ataupun
GM Crops.
Seperti yang dikatakan oleh Ipoh Barat, apakah pengguna-pengguna di negara ini yang
masih tidak berapa faham tentang selok-belok LMOs dan GM Foods ini dapat disedarkan lagi
untuk menerimanya sebagai satu pilihan kepada kita dan juga satu pilihan yang baik kepada
kesihatan dan alam sekitar kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pasir Mas.
4.08 ptg.
ParliamentThursday, 28-06-2007 11: 28.39
1 Comment »
The URI to TrackBack this entry is: http://chow.blogsome.com/2007/06/28/biosafety-for-all/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Your proposal is parallel to the needs of the consumer to access for info regarding LMOs and GM food.
Besides that, warning of biohazards should be put on on vehicles carrying them - it’s very important in cases of emergency.
Comment by Biolovepulse — Tuesday, 03-07-2007 @ 12: 35.13