July 10 was the final day of the second Parliamentary of the year. I took the opportunity to speak on the motion to appoint a new chairman for the Select Committee on Integrity. Minister Bernard Dompok resigned from the post a few months earlier. Po Kuan asked me when I have said my piece, “Why so much fire in your speech?” I replied, ” Cos this may be the final speech if election is called in August!”

DR 10.7.2007 128
PERLANTIKAN PENGERUSI BARU JAWATANKUASA PILIHAN KHAS
DEWAN RAKYAT MENGENAI INTEGRITI
DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 81(1)
5.57 ptg
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;
“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan
Rakyat 81 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat mengambil
ketetapan seperti berikut;
“Majlis ini mengambil ketetapan bahawa Yang Berhormat Dato’
Dr. Wan Hashim bin Wan Teh iaitu ahli bagi kawasan Gerik dilantik
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai
Integriti yang baru bagi mengganti Yang Berhormat Tan Sri Bernard
Giluk Dompok iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.”
Setiausaha Parlimen kementerian Kewangan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]:
Saya pohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Siapa Ahli Yang Berhormat Gerik itu, boleh
minta dia memperkenalkan diri?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh, cukuplah. Yang
Berhormat takkan tidak kenal Gerik.
Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Itu Yang Berhormat yang
handsome itu.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Mana dia?
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Gemuk sahaja yang saya kenal.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya kenal Jerai.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Tanjong
sila, yang lain sila duduk.
5.58 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, nampaknya
rakan-rakan saya pun tidak kenal siapa itu Yang Berhormat Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh
yang akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, ini Parlimen
janganlah bercakap bohong.
DR 10.7.2007 129
[Ketawa]
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil
bahagian dalam membahaskan usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan
kita harus memandang berat tentang usul ini kerana ia diperlukan sebab terletak jawatannya
bekas pengerusi bagi Jawatankuasa Pilihan Khas ini yang bukan sahaja melibatkan peribadi
beliau sahaja. Semangat beliau untuk menegakkan transpirasi dalam kerajaan memanglah
sesuatu yang kita perlu puji beliau tetapi peletakan jawatan beliau seperti yang saya katakan tadi
melangkau daripada peribadi beliau sebab ini satu isu yang membabitkan usaha Perdana
Menteri sendiri untuk menegakkan integriti dalam pentadbirannya dan soal integriti melibatkan
soal-soal berhubung dengan bagaimana beliau dan kabinetnya ingin mengurus tadbir negara ini
dengan baik dan menangani masalah-masalah etika termasuk korupsi dan sebagainya.
Kita dimaklumkan bahawa bekas pengerusi Yang Berhormat Menteri telah mengambil
tindakan untuk meletakkan jawatan sebab tidak begitu berpuas hati terhadap Jabatan
Pendaftaran Negara yang enggan menghantar wakil untuk satu mesyuarat yang diadakan oleh
Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk memberi jawapan-jawapan kepada perkara-perkara yang
dibangkitkan semasa Jawatankuasa Pilihan Khas ini mengadakan sesi pendengaran di seluruh
negara khususnya mengenai isu kad pengenalan di Sabah berhubung dengan Projek M di mana
beribu-ribu, beratusan ribu MyKad dikeluarkan kepada pendatang asing untuk menjadikan
mereka sebagai warganegara di negara ini yang menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial
dan politik di negeri Sabah ini.
■ 1800
Mungkin juga pengendalian kes berhubung dengan bekas Ketua Pengarah ACA juga
menjadi satu sebab mengapa bekas pengerusi itu mendapati bahawa beliau tidak lagi dapat
berfungsi sebagai pengerusi bagi satu Jawatankuasa Pilihan Khas yang begitu penting
ditubuhkan di dalam Dewan Rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Peraturan Mesyuarat 83(2) sememangnya Jawatankuasa
Pilihan Khas berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan suratsurat
dan boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis mengandungi fikir dan pandangannya
serta dengan butir-butir keterangan yang telah diberikan di hadapannya iaitu semasa sesi-sesi
pendengaran diadakan.
Nampaknya keengganan pihak-pihak yang tertentu, termasuk Jabatan Pendaftaran
Negara termasuk bekas Ketua Pengarah ACA yang enggan berhadapan dengan jawatankuasa
ini telah melanggar peraturan Dewan Rakyat ini iaitu peraturan 83(2) dan juga rangka kerja
ataupun terms of reference di mana Jawatankuasa Pilihan Khas ini ditubuhkan dalam Dewan
Rakyat ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini bukanlah soal peribadi menteri yang meletak jawatan tetapi ini
membabitkan soal bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ingin meyakinkan
DR 10.7.2007 130
kerajaannya dan kabinetnya benar-benar serius dalam isu integriti yang menjadi corner stone of
this administration dengan izin. Kita perlu tahu bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri sendiri akan memastikan Jawatankuasa Pilihan Khas ini yang akan digantikan oleh
seorang pengerusi yang baru dapat memainkan fungsinya dengan sebaik-baiknya untuk
menegakkan soal integriti di negara ini sebab tanpa sokongan Kabinet dan pentadbiran
jawatankuasa ini tidak dapat berfungsi seperti mana dibuktikan di bawah bekas pengerusi Yang
Berhormat Menteri. Selain daripada sokongan penuh dari Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Kabinet dan seluruh jentera kerajaan, jawatankuasa ini tidak akan dapat memainkan
fungsi diremeh-temehkan dengan keengganan pegawai-pegawai kerajaan yang dipanggil untuk
hadir sesi pendengaran tidak mahu hadir. Kalau seorang pegawai kerajaan dapat menunjukkan
sikap yang sedemikian, apakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melakukan.
Bukankah ini sudah melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat yang mulia ini, juga saya
rasa prosedur-prosedur yang lain dalam perkhidmatan awam dan di bawah pengerusi yang baru
ini, kita mesti menegaskan bahawa kakitangan ataupun pegawai yang diminta untuk hadir di
hadapan mana-mana Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan oleh Dewan Rakyat yang
mulia ini haruslah mematuhi panggilan itu sebab di bawah Perlembagaan Malaysia, Tuan Yang
di-Pertua, the Parliament can be turn into an High Court.
Peranan Parlimen adalah menyerupai High Court dan seseorang yang enggan dan
ingkar dengan perintah untuk hadir adalah boleh disifatkan contempt of High Court of Parliament.
Ini suatu perkara yang amat serius. Saya rasa walau pun bekas menteri sudah meletakkan
jawatan dari jawatankuasa ini, ini tidak bermakna Jawatankuasa Pilihan Khas ini fungsinya sudah
dikuburkan juga tetapi perlulah di bawah pengerusi ini dan perlu endorsement yang kuat dari
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri untuk memberi galakan supaya jawatankuasa ini
dapat memainkan fungsi yang sebaik-baiknya sebab seluruh dunia akan pandang sikap Perdana
Menteri sendiri.
Jangan kita dengar komen-komen seperti apabila ditanya sama ada beliau sudah
mengambil tindakan terhadap satu laporan terhadap seorang menteri kanan yang dibabitkan
dengan korupsi, laporan ataupun memorandum dihantarkan oleh pertubuhan gerak, beliau
memberi jawapan yang tidak meyakinkan langsung bahawa beliau benar-benar tegas dalam isu
anti korupsi dan integriti.
[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]
Yang Berhormat Menteri yang membentangkan usul ini juga memberi pandangan yang
kita rasa kecewa sebab beliau sepatutnya memberi sokongan kepada rakan dalam Jemaah
Menteri. Kalau rakan dalam Jemaah Menteri menghadapi apa-apa kesulitan untuk melunaskan
tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas ini, Yang Berhormat Menteri
DR 10.7.2007 131
sepatutnya mencari jalan untuk menyokong dan mendukung usaha untuk melaksanakan tugas
yang dimandatkan oleh Dewan Yang Mulia ini.
Pertelingkahan di antara menteri-menteri dan kata-kata yang tidak senonoh seperti
bahawa Yang Berhormat Menteri yang meletak jawatan dipengaruhi oleh Ketua Pembangkang
adalah kenyataan-kenyataan yang disifatkan sebagai cheap short. Saya berharap Jemaah
Menteri atas pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jentera kerajaan dapatlah
memberi sokongan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk melaksanakan tugas yang amat
penting ini.
Walau pun kita tidak nampak pengerusi yang baru hadir untuk menunjukkan keseriusan
beliau untuk memegang jawatan yang begitu penting ini. Tidak mengapalah kita give him the
benefit of the doubt dan haruslah beliau menunjukkan kesabaran dan kesungguhan dan saya
rasa lain-lah ahli dalam jawatankuasa ini perlu memberi sokongan kepada beliau untuk
menjadikan Jawatankuasa Pilihan Khas Integriti ini satu jawatankuasa yang benar-benar efektif
dan mencapai matlamat yang diberikan kepada mereka oleh Dewan Yang Mulia ini. Sekian,
terima kasih.