I know I have not been blogging. It is not easy to keep up the pace. So I took a breather to pursue other interests. Last Friday, the Penang court complex was packed with people who came for the Ying Ying’s murder case. I was there before nine but for another purpose. Wong Hon Wai had invited some of us to join him on the occasion of his calling to the High Court as a advocate and solicitor. Hon Wai is presently the publicity secretary of DAP Penang. For over five years, he burnt midnight oil to complete his law. It was amazing how he and his wife managed their time. He was working full time. His wife is a primary school teacher. While the husband was studying law, the wife was also studying for a off-campus degree with USM. Heard she is graduating in August. And in these five years, they had three children! Wow! Such amount of energy, tenacity and love for their works.
I can say Hon Wai is a candidate material for the coming general election.
Read, A.Tanasekharan’s speech when he moved the petition for Hon Wai to be called to the Bar.

Yang Arif,

1. Saya, A. Tanasekharan, mewakili Pempetisyen dan rakan bijaksana saya Cik Tan Wei Wei dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang mewakili Peguam Negara dan Encik Nicholas Tan Soon Teik mewakili Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang.

2. Pempetisyen berumur 34 tahun dan merupakan anak jati Pulau Pinang. Beliau adalah anak sulung kepada Encik Wong Soo Chye dan Puan Wan Kong Chen.

3. Pempetisyen telah berumahtangga dan isteri beliau Puan Lim Saw Peng adalah seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Kong Min Pusat di Air Itam, Pulau Pinang. Pasangan yang bahagia ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu seorang puteri dan dua orang putera yang masing-masing berumur 5 tahun, 3 tahun dan 1 tahun.

4. Setelah tamat pelajaran menengahnya di Chung Ling High School, Pulau Pinang, Pempetisyen melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1997, Pempetisyen menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) dengan Kepujian.

5. Setelah memperolehi ijazah pertamanya, Pempetisyen bekerja sebagai seorang IT Engineer di Advanced Micro Devices (AMD), Bayan Lepas, Pulau Pinang.

6. Atas minatnya terhadap undang-undang, Pempetisyen memulakan pengajian sebagai seorang pelajar eksternal di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya pada September tahun 2000.

7. Pada tahun 2004, Pempetisyen atas usaha gigihnya telah berjaya menamatkan pengajiannya dan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal).

8. Pada tahun 2005, Pempetisyen lulus dalam peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

9. Sepanjang tempoh 5 tahun pengajian undang-undangnya, Pempetisyen pada masa yang sama bekerja sepenuh masa di Altera Corporation, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jawatan terakhir yang disandangnya ialah Supervising Member of Technical Staff di mana Pempetisyen mengetuai sekumpulan system administrator dalam menyokong dan membangunkan computer software.

10. Sepanjang tempoh pengajian undang-undangnya, Pempetisyen juga telah memenangi hadiah sebanyak 5 kali dalam Pertandingan Menulis Makalah Undang-Undang dalam Bahasa Malaysia anjuran bersama Majlis Peguam, Dewan Bahasa Pustaka dan Institut Terjemahan Negara.

11. Pempetisyen memulakan latihan dalam kamarnya pada 22 September 2006 di kamar Encik Darshan Singh Khaira.

12. Tempoh 9 bulan latihan dalam kamar merupakan tempoh yang berwarna-warni dan penuh mencabar bagi Pempetisyen. Atas bimbingan tegas Encik Darshan dan juga sokongan oleh seorang lagi partner iaitu Puan Lucia Minta, Pempetisyen belajar dengan rajinnya dan telah berjaya menamatkan latihan dalam kamarnya.

13. Pempetisyen turut mendapatkan pengesahan oleh dua orang Ahli Parlimen iaitu YB Tuan Chow Kon Yeow (Ahli Parlimen Tanjong) dan YB Puan Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) yang telah mengenali Pempetisyen secara peribadi selama lebih 10 tahun dan mereka telah menurunkan tandatangan mereka dalam sijil kelakuan baik sebagai lampiran kepada petisyen ini.

14. Pempetisyen telah mematuhi segala keperluan berhubung dengan penerimaan masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

15. Saya percaya bahawa pihak Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang tiada bantahan terhadap permohonan ini.

16. Maka saya dengan hormatnya memohon supaya Pempetisyen, Wong Hon Wai, diterima masuk dan didaftarkan sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya.

Bertarikh pada 20hb Julai 2007

A. Tanasekharan
(Peguambela & Peguam