Of EPF, Perkeso, PGCC, PORR, Second Penang Bridge…
Ucapan semasa membahas RUU Perbekalan 2008 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2007
6.10 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan
membangkitkan isu-isu yang berikut. Langkah KWSP untuk membenarkan pengeluaran caruman
sebagai tujuan seperti untuk membayar ansuran pinjaman rumah, membeli insurans hayat dan
membuat pelaburan saham unit trust dan sebagainya telah menimbulkan reaksi yang bercampurcampur.
Kalau begitu ini bermakna bahawa langkah KWSP ini kelak menimbulkan perasaan
yang kurang senang di kalangan pencarum dan pekerja-pekerja. KWSP ditubuhkan untuk
memastikan para pekerja boleh bersara dengan satu tabung untuk menyara hidup tetapi
hakikatnya ramai pekerja di Malaysia cuma boleh hidup di bawah paras kemiskinan selepas
bersara kerana pada puratanya pencarum KWSP cuma ada RM475 sebulan untuk menyara
hidup. Apakah ini bermakna KWSP telah gagal memainkan fungsi untuk menyediakan tabung
persaraan yang mencukupi bagi pekerja-pekerja kita. (more…)


