Of EPF, Perkeso, PGCC, PORR, Second Penang Bridge…
Ucapan semasa membahas RUU Perbekalan 2008 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2007
6.10 ptg.
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan
membangkitkan isu-isu yang berikut. Langkah KWSP untuk membenarkan pengeluaran caruman
sebagai tujuan seperti untuk membayar ansuran pinjaman rumah, membeli insurans hayat dan
membuat pelaburan saham unit trust dan sebagainya telah menimbulkan reaksi yang bercampurcampur.
Kalau begitu ini bermakna bahawa langkah KWSP ini kelak menimbulkan perasaan
yang kurang senang di kalangan pencarum dan pekerja-pekerja. KWSP ditubuhkan untuk
memastikan para pekerja boleh bersara dengan satu tabung untuk menyara hidup tetapi
hakikatnya ramai pekerja di Malaysia cuma boleh hidup di bawah paras kemiskinan selepas
bersara kerana pada puratanya pencarum KWSP cuma ada RM475 sebulan untuk menyara
hidup. Apakah ini bermakna KWSP telah gagal memainkan fungsi untuk menyediakan tabung
persaraan yang mencukupi bagi pekerja-pekerja kita.
Caruman pekerja di KWSP tidak dapat berkembang sebab kadar faedah adalah di
bawah 5%. Tambahan pula dengan kelonggaran pengeluaran caruman bagi pelbagai tujuan dan
kesan inflasi tidak hairanlah pekerja kita menghadapi masa depan yang amat mencabar.
Langkah-langkah terbaru ini mungkin boleh membantu pekerja meringankan beban kewangan
sementara waktu tetapi langkah sedemikian pada hakikatnya telah menggalakkan pekerja
menggunakan wang masa depan mereka yang sepatutnya digunakan untuk waktu persaraan.
KWSP mempunyai dana yang melebihi RM30 bilion dan ia harus menguruskan dana ini
dengan baiknya untuk membayar kadar faedah yang lebih tinggi untuk manfaat para pekerja.
Pihak kerajaan harus memandang berat tentang ini. Kita tidak harus membiarkan KWSP
terpesong dari tujuan asalnya kalau tidak pencarum yang hanya dapat hidup di bawah paras
kemiskinan akan menimbulkan lebih banyak masalah sosial yang susah diatasi oleh pihak
kerajaan. Jadi saya menyeru pihak kerajaan untuk menimbang semula langkah-langkah yang
diambil baru-baru ini atas sebab-sebab yang saya sebutkan tadi.
DR.29.10.2007 113
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan masalah yang dihadapi oleh para
pekerja yang menghadapi masalah untuk mendapat faedah daripada PERKESO. Baru-baru ini
menurut Menteri Sumber Manusia, beliau mengumumkan bahawa jumlah permohonan untuk
mendapat faedah PERKESO yang ditolak sejak tahun 2000 hingga sekarang adalah berjumlah
sebanyak 58,000 kes. Baru-baru ini saya juga mendapat kes-kes orang yang menghidap
penyakit seperti kanser, leukemia, retina degeneration, sakit jantung dan lain-lain yang
malangnya tidak dapat disahkan sebagai keilatan.
Saya merasa simpati atas nasib mereka sebab tidak dapat bekerja dan juga tidak dapat
faedah keilatan daripada PERKESO. Saya menyeru pihak kementerian supaya mengkaji semula
senarai penyakit-penyakit di bawah Jadual 5, Akta Keselamatan Sosial Pekerja supaya golongan
pekerja seperti di atas dapat juga menerima faedah daripada PERKESO.
Baru-baru ini PERKESO telah menjalankan satu kempen pengiklanan dan bagi
pencarum-pencarum yang tidak dapat faedah, mereka merasa segala usaha untuk mengiklankan
ini cuma membazirkan wang. Apabila mereka melihat PERKESO sibuk untuk membina
bangunan-bangunan yang baru mereka lagi kurang yakin bahawa PERKESO dapat menjaga
kepentingan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini membawa isu berhubung
dengan projek Penang Global City Centre (PGCC) di Pulau Pinang yang dilancarkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri dua bulan yang lepas. Baru-baru ini kita sering melihat
kenyataan-kenyataan dari pihak menteri di Persekutuan berhubung dengan projek PGCC ini
seperti strong endorsement dan juga fast track approval dan juga projek ini dikatakan akan
dipantau oleh National Implementation Task Force. Saya tidak memahami mengapa Kerajaan
Pusat begitu berminat tentang projek ini sebab projek ini masih dalam pertimbangan pihak
berkuasa tempatan dan masih belum memberikan kelulusan untuk perancang projek ini, tetapi
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah pun melancarkan projek ini. Ramai penduduk dan
pihak NGO di Pulau Pinang telah menyuarakan tanda tanya berhubung dengan projek ini yang
akan menimbulkan masalah-masalah tertentu. Mereka ingin tahu mengapa EIA ataupun
Environmental Impact Assessment ataupun Social Impact Assessment tidak dijalankan oleh
pihak pemaju, dan apakah projek ini akan menjejaskan permohonan pihak kerajaan negeri dan
juga KeKKWa untuk mendapat status bandar bersejarah bagi Georgetown Pulau Pinang ini.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan satu pengumuman oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri apabila membenarkan bajet iaitu berhubung dengan projek Penang Outer Ring
Road (PORR) Yang Amat Berhormat mengumumkan bahawa tender bagi projek ini akan
diadakan pada tahun hadapan. Jadi, saya ingin tahu sama ada kerajaan akan memberi
pampasan kepada Peninsular Metro-Work Sdn. Bhd. yang selama ini sudah pun ditawarkan letter
of intend oleh pihak kerajaan hampir 10 tahun dahulu apakah pampasan akan diberikan kerana
satu tender baru akan diadakan. Pihak kami amat mengalu-alukan segala usaha untuk
DR.29.10.2007 114
menjadikan ketelusan dan keterbukaan dalam memanggil projek ini dan saya ingin tahu sama
ada apa-apa perubahan berhubung dengan alignment projek ini dan juga apakah nilai projek ini
sudah meningkat memandangkan kenaikan harga barang-barang dan juga building materials
selama beberapa tahun kebelakangan ini.
Saya juga ingin tahu apakah financial module yang akan digunakan oleh kerajaan dalam
menjalankan projek PORR ini kerana mengikut rancangan awal jalan ini akan menjadi satu jalan
yang akan mengutip tol. Jadi, sama ada bahagian tol ini akan terus diadakan dan sama ada
Gurney Drive yang menjadi satu bahagian yang penting dalam projek ini akan dibenarkan untuk
ditebus guna oleh pihak pemaju dan mengapa pihak kerajaan tidak memikirkan untuk
menggunakan financial module yang digunakan di Projek Jelutong Expressway di mana pihak
pemaju dibenarkan untuk tebus guna dan diwajibkan untuk membina satu expressway yang baru
tanpa mengutip tol. Saya rasa modul ini boleh dilaksanakan oleh PORR dalam projek PORR
supaya pengguna-pengguna jalan tidak dibebankan untuk membayar tol selama 30 hingga 50
tahun.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya berhubung dengan Penang Bridge kedua. Apakah setakat
ini pihak kerajaan sudah dapat membiayai projek ini dan apakah syarat-syarat yang dikenakan
oleh pihak negara China berhubung dengan mengeluarkan pinjaman untuk melaksanakan projek
Penang Bridge kedua ini.
■1820
Saya dapati berita yang amat mengejutkan hari ini di akhbar melaporkan bahawa projek
ini akan menelan belanja RM4 bilion iaitu RM1 bilion tambah daripada anggaran asal sebab
kenaikan harga bahan-bahan binaan di negara ini. Di samping itu juga saya ingin tahu apakah
dengan peningkatan harga barang-barang binaan sebanyak 20% hingga 30% daripada contract
value. Apakah projek RMK9 terjejas?
Saya juga dapat komen daripada pihak kontraktor yang menyatakan bahawa projekprojek
di bawah RMK mungkin terbengkalai sebab kontraktor-kontraktor akan menghadapi
pelbagai masalah berikutan dengan kenaikan harga bahan-bahan binaan yang melebihi contract
value sebanyak 20% hingga 30% dan kemungkinan 880 projek yang ditenderkan pada tahun ini
juga akan terjejas kerana kenaikan harga bahan-bahan binaan ini.
Jadi saya ingin tahu daripada pihak kerajaan dan pihak kementerian apakah langkahlangkah
akan diambil untuk memastikan kenaikan bahan-bahan binaan ini tidak akan
menjejaskan projek-projek di bawah RMK-9 ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Tumpat.
6.21 ptg.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin
bercakap tentang perbahasan Rang Undang-undang



YB Chow,
I learnt that DAP will have BUkit Bendera dinner this 17 Nov. The speakers are LKS, LGE and you. I think Zulkifli Md Nor should be there as well. Penang DAP need to promote and publicise him, so that he can win the seat in the next GE. Hopefully the malays will vote for him, and the chinese will vote for DAP then, Bukit Bendera can be won! DAP should think of ways to win back Jelutong and BB..
Meanwhile, i think DAP should field at least 3-4 Indian and Malay candidates in the state seats of penang. Do you want to form a penang government with no indian and malay representation??
Comment by dontwanttoput — Tuesday, 06-11-2007 @ 16: 38.45
YB Chow,
haha… Finally Sdr. Zulkifli will be among the speakers! His name do appear in DAP website. I would also suggest that DAP field more malay candidates in both DUN and Parliament. Let’s have the first and many DAP malay MPs in the new millenium!!! When was the last time the DAP got malay MP or ADUN??I think long time ago!
Comment by dontwanttoput — Thursday, 08-11-2007 @ 14: 38.58
Kami akan memantau PGCC menerusi kebaikan semua pihak . Kami dah busan dengan sikap pembangkap yang sentiasa membangkang projek kerajaan. Kami tidak mahu generasi kami sengsara kerana politik . PGGCC adalah sumber ekonomi baru kepada penang . Teruskan PGCC untuk rakyat penang
Comment by Skuad pemantau — Monday, 19-11-2007 @ 17: 33.23