Kerajaan Pusat perlu urus perhubungan dengan negeri dengan baik
Ucapan di Dewan Rakyat pada 13hb. Mei 2008
Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan
Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung
Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan harapan bahawa 8
Mac 2008 ini akan membuka lembaran baru dan membawa harapan kepada era baru demokrasi
Malaysia.
Pada 8 Mac 2008, Tuan Yang di-Pertua, rakyat jelata telah menunaikan kewajipan dan
menggunakan hak mereka untuk memilih sebuah kerajaan. Kita menghormati kebijaksanaan
pengundi untuk memilih wakil rakyat dan gabungan parti-parti politik untuk membentuk Kerajaan
Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.
Kita perlu menerima keputusan pengundi untuk menuntut perubahan politik yang
akhirnya memperlihatkan kehilangan majoriti 2/3 parti pemerintah di Dewan Rakyat ini dan juga
lima buah kerajaan negeri. Kita harus menyahut pesanan Seri Paduka Baginda supaya kita
hendaklah menjadi kepentingan negara sebagai matlamat utama dalam menunaikan mandat
rakyat yang diberikan kepada kita. (more…)


