Ucapan di Dewan Rakyat pada 13hb. Mei 2008

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan
Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan Usul Menjunjung
Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan harapan bahawa 8
Mac 2008 ini akan membuka lembaran baru dan membawa harapan kepada era baru demokrasi
Malaysia.
Pada 8 Mac 2008, Tuan Yang di-Pertua, rakyat jelata telah menunaikan kewajipan dan
menggunakan hak mereka untuk memilih sebuah kerajaan. Kita menghormati kebijaksanaan
pengundi untuk memilih wakil rakyat dan gabungan parti-parti politik untuk membentuk Kerajaan
Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.
Kita perlu menerima keputusan pengundi untuk menuntut perubahan politik yang
akhirnya memperlihatkan kehilangan majoriti 2/3 parti pemerintah di Dewan Rakyat ini dan juga
lima buah kerajaan negeri. Kita harus menyahut pesanan Seri Paduka Baginda supaya kita
hendaklah menjadi kepentingan negara sebagai matlamat utama dalam menunaikan mandat
rakyat yang diberikan kepada kita.
Bagi diri saya Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersyukur kerana pengundi di kawasan
Parlimen Tanjong, Pulau Pinang, telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili
mereka di Dewan Rakyat untuk penggal ketiga. Saya berjanji akan menunaikan peranan ini
dengan sedaya upaya saya. Pertamanya, saya menyeru pucuk pimpinan Kerajaan Pusat untuk
menerima hakikat bahawa mereka perlu menguruskan dengan lima buah kerajaan negeri yang
memilih parti pembangkang untuk menerajui kerajaan negeri ini.
􀂄 1630
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Perlembagaan Persekutuan
kita sejak merdeka dan penubuhan negara Malaysia. Dalam proses pembinaan negara selama
50 tahun ini, kita telah meletakkan rangka untuk menguruskan perhubungan Kerajaan Pusat
dengan negeri-negeri. Pada masa-masa dahulu, kita melihat pergolakan politik akibat daripada
masalah dalam perhubungan antara Kerajaan Pusat dengan negeri-negeri. Misalnya di Sabah,
Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Kita juga sering mendengar rungutan daripada wakil-wakil
daripada Sabah dan Sarawak bahawa negeri mereka dilayani sekadar sebuah negeri dalam
Persekutuan dan bukan sebagai satu wilayah daripada tiga wilayah yang membentuk
Persekutuan Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Selepas penubuhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru, saya ada menyeru
Kerajaan Pusat untuk menggunakan kebijaksanaan untuk menguruskan perhubungan di antara
DR. 13.5.2008
93
Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri. Perhubungan ini haruslah dijalinkan mengikut lunaslunas
Perlembagaan dan lebih-lebih lagi atas kematangan politik yang meletakkan kepentingan
negara, kemakmuran dan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat dan integriti pemerintahan
atas kepentingan individu atau kepartian yang sempit.
Tuan Yang di-Pertua, kita sering mendengar konsep kongsi kuasa di kalangan rakyat
yang membentuk Malaysia. Sekarang kita perlu memperluaskan konsep kongsi kuasa ini di
antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri yang dibentuk oleh gabungan politik
yang berbeza. Saya ingin menegaskan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk
menghormati mandat rakyat dan mementingkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat demi
menjaga kepentingan rakyat. Selepas Pilihan Raya Umum, kita ada mendengar kenyataankenyataan
daripada menteri-menteri tertentu yang tidak dapat menerima keputusan rakyat dan
mementingkan kepentingan parti daripada kepentingan rakyat. Ada pemimpin UMNO yang kini
menjadi pembangkang di negeri Pulau Pinang mahu projek seperti Jambatan Pulau Pinang
Kedua dihentikan dan Kota Belud saya rasa hari itu pun merasa begitu kerana rakyat telah
menolak Barisan Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak
bersikap sedemikian sebab beliau Perdana Menteri bagi semua rakyat dan semua negeri.
Walaupun pahitnya hakikat negerinya sendiri, negeri Pulau Pinang jatuh kepada DAP, PKR dan
PAS, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih perlu menunjukkan beliau seorang
pemimpin politik yang menerima keputusan rakyat dengan sikap yang boleh kita sanjung tinggi.
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus embrace each other dengan izin demi
kepentingan rakyat dan kepentingan negara.. Kongsi kuasa Kerajaan Pusat dengan negeri dapat
memberi keyakinan kepada dunia bahawa Malaysia sudah matang dan bersedia mengambil
tempatnya di persada dunia maju.
Keyakinan ini amat penting untuk menjadikan Malaysia menarik kepada pelabur-pelabur
asing untuk terus melabur di Malaysia. Pertimbangan politik tidak seharusnya menjadi halangan
kepada usaha untuk membangunkan negara dan memperkasakan rakyat. Malaysia akan gagal
jika kita masih tidak dapat memecahkan kepompong lama sebab kita perlu menyatupadukan
segala tenaga dan usaha untuk bersaing dengan negara-negara yang lain di dunia ini. Dunia
tidak akan berhenti seketika untuk membolehkan Malaysia mengejar mereka. Sekali pun kita
dapat mengekalkan tempoh pembangunan yang sedia ada, kita tidak dapat jamin kita masih
boleh bersaing dengan cekapnya dengan negara-negara jiran kita.
Sektor swasta memainkan peranan sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara.
Sejauh manakah inisiatif pembiayaan swasta telah mencapai sasarannya. Memandangkan
peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melaksanakan projek-projek
pembangunan adalah terhad, kita perlu menggiatkan inisiatif pembiayaan swasta lagi. Saya
menyeru supaya kerajaan-kerajaan negeri diberi lebih kuasa dan ruang untuk menggalakkan
inisiatif pembiayaan swasta untuk menjana projek-projek yang sesuai untuk membantu Kerajaan
DR. 13.5.2008
94
Pusat membangunkan negeri-negeri. Di negeri Pulau Pinang, PFI boleh dibenarkan untuk
melaksanakan projek infrastruktur utama untuk mengatasi kekangan asas supaya negeri Pulau
Pinang dapat terus membangun sebagai negeri yang maju dalam perindustrian, pelancongan
dan perkhidmatan di samping menjadi pusat bagi wilayah NCER dan Indonesia-Malaysia-
Thailand Growth Triangle (IMT-GT).
Tuan Yang di-Pertua, negeri Pulau Pinang terlalu penting untuk gagal. Gagalnya negeri
Pulau Pinang, gagallah NCER dan IMT-GT.
Tuan Yang di-Pertua, keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang pertama
diadakan selepas negara memasuki fasa 50 tahun yang kedua selepas kemerdekaan adalah
sangat bermakna. Kita boleh mengesan pelbagai implikasi daripada keputusan politik ini. Demi
masa depan negara kita, kita harus menyambut sekurang-kurangnya dua implikasi kepada
pembangunan negara ini.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, keputusan politik yang telah membawa perubahan
kerajaan tanpa menimbulkan impak, tanpa menimbulkan perkara seperti tercetusnya insiden
berdarah 13 Mei selepas Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rakyat pada keseluruhannya
menerima keputusan ini dengan tenang dan sebagai satu proses demokrasi yang perlu
ditegakkan. Saya berharap semua pihak dapat memelihara semangat demokrasi dan
membuktikan peralihan politik boleh berlaku tanpa perlunya insiden berdarah seperti 13 Mei.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, keputusan politik ini telah memperkasakan rakyat,
empowerment untuk memilih kerajaan dengan mudahnya. Rakyat sudah sedar mereka
mempunyai kuasa untuk menukar kerajaan yang tidak dapat memenuhi aspirasi mereka. Mesej
penting adalah mana-mana gabungan politik tidak boleh take for granted dengan izin. Mereka
akan kekal sebagai parti pemerintah untuk selama-lamanya. Rakyat akan akhirnya menerima
faedah kerana parti-parti pemerintah dan parti-parti pembangkang akan lebih bertanggungjawab.
Wujudnya sistem dua parti ini memang akan memperkayakan sistem demokrasi berparlimen di
negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, satu tuntutan rakyat Malaysia adalah untuk memulihkan sistem
pilihan raya dalam majlis-majlis perbandaran ataupun PBT yang dimansuhkan 40 tahun dahulu.
Saya ada minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kerajaan
bercadang untuk memulihkan sistem pilihan raya kepada kerajaan tempatan. Jawapannya
adalah seringkas-ringkasnya iaitu kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pilihan raya
kerajaan tempatan. Saya minta Kerajaan Pusat untuk menimbang semula keputusan ini supaya
tidak menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaan tempatan yang dapat menjaga kepentingan
mereka. Kerajaan Pusat harus menyediakan satu road map ke arah pemulihan sistem pilihan
raya termasuk meminda undang-undang yang menghalang proses ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan
berhubung dengan persijilan halal yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena iaitu
Penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal. Baru-baru ini saya ada menerima aduan
DR. 13.5.2008
95
daripada Persatuan Pengilang Kicap di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bahawa ekoran dengan
rejim baru ini, mereka akan menghadapi…sebab diambil alih oleh perbadanan ini yang selama ini
logo halal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri Pulau Pinang tidak akan diperakukan lagi.
Mereka menghadapi cabaran untuk menambah baik kemudahan-kemudahan untuk dapat
memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh perbadanan.
■1640
Saya berharap kerajaan dapat menimbang untuk memberi satu tempoh yang lebih
panjang supaya mereka dapat membaiki kilang-kilang dan menambah baik peralatan supaya
dapat memenuhi syarat-syarat ini dan akhirnya saya juga berharap demi mewujudkan negara
dan negeri-negeri ataupun perbandaran yang lebih selamat. Saya menyeru Kerajaan Pusat untuk
meluluskan perbelanjaan ataupun peruntukan untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan
misalnya di negeri Pulau Pinang untuk memasang CCTV di seluruh negeri Pulau Pinang dan
kawasan majlis perbandaran. Ini untuk menjadikan Pulau Pinang selamat sebab memang terbukti
dengan pemasangan CCTV ini, kadar jenayah dapat dikurangkan dan memandangkan kita
sedang menghadapi masalah-masalah berhubung dengan keselamatan dan jenayah, kadar
jenayah yang semakin meningkat, peruntukan ini amatlah berguna untuk memastikan negeri dan
perbandaran kita selamat. Sekian, terima kasih.